Sunday, November 30, 2008

FAMILY KU YANG KECOH...

Video ni dirakam masa raya hari tu. Inilah famili ku yang sentiasa kecoh. Pegi mana-mana tak sah kalau tak buat kecoh. Especially k.ina & hubby aku. Dua org ni kalau berckp boleh pening kepala aku..

Thursday, November 27, 2008

Tengkujuh..


Tengkujuh datang lagi. Mana-mana tempat yang rendah kedudukannya akan mengalami banjir termasuklah rumah ibuku. Di tepi-tepi jalan di Kampung Manir dipenuhi dereten orang kampung yang menjual bermacam-macam ubi. Satu pemandangan yang menyeronokkan..seolah-olah pesta ubi di musim hujan. Teringat aku zaman kanak-kanak, di luar rumah hujan turun dengan lebatnya. Sehinggakan rumah kami banjir jadinya. Untuk turun ke bawah menjadi satu masalah besar buat aku. Melingkar depan tv lebih menyeronokkan pada musim hujan. Minum petang kami pula, pastinya ubi yang direbus dan diminum bersama air kopi yang masih berasap. Sungguh menyelerakan.

Selalunya, ayah akan bawa kami menaiki kereta fiat lama yang mana enjinnya di belakang. Kami akan meredah banjir yang melintas di atas jalan-jalan utama. Kalau orang lain risau untuk meredah banjir dengan kereta, tapi ayah tidak. Yalah, ayah aku tu mekanik. Lagipun kereta ayah enjin dia kat belakang, so tak risau la air masuk dalam enjin. Yang paling best banyak lah kereta yang tersadai tepi jalan sebab tak berani nak redah air dan ada yang rosak. Masa tulah kami adik-beradik akan rasa bangga dengan kereta ayah. Kalau tidak, mmmm...asyik merungut je. Kereta ayah buruk la, kereta ayah tak macam kereta orang lain la, kereta ayah bocor sana, bocor sini... Tapi ayah tak pernah marah walau kami kutuk2 kereta buruk ayah.

Tapi kali ni, tengkujuh yang datang tak ada lagi ubi rebus..tak ada lagi kereta buruk ayah dan paling utama tak ada lagi ayah untuk sama-sama bawa kami meredah banjir. Yang tinggal hanyalah kenangan.

Sunday, November 16, 2008

Pengaruh..

Ultraman..itulah yang selalu keluar dari mulut Hasya. Dengan pelatnya Hasya akan menyebut "omen" setiap kali nak berlawan dengan abang-abang sepupunya. Gaya ultraman yang akan mengangkat sebelah tangan ke atas dan satu lagi diletakkan di perut pun menjadi ikutan Hasya. "Hiak! Hiak! Hiak..", itu jugak dah menjadi sebutan Hasya setiap hari. Inilah yang dikatakan pengaruh ultraman dan sepupunya yang kebanyakan lelaki.

Bila dikacau, Hasya akan marah, "sepak kan..tumbukkan..". Takpun, tanpa signal, terus diberi tumbukan padu dimuka kakak alynn yang selalu menjaganya. Satu perkembangan yang agak menakutkan, sebab dia adalah anak aku yang perempuan...

Sampaikan mengigau pun disebutnya ultraman. Nak beli mainan pun ultraman.. Semuanya ultraman.. Takutnya aku....Nasib baiklah gaya manja dia masih ada. Kalau tak, mau pengsan aku dibuatnya..

Wednesday, November 12, 2008

Makhluk yang dinamakan manusia

Sedar tak sedar kita sudah berada di penghujung tahun. Semakin hari, cabaran semakin bertambah dan agak mencabar. Yang merungsingkan bila kita berada dalam satu lingkungan yang agak terasing dari kebiasaan. Waktu inilah kita memerlukan masa untuk menyesuaikan diri. Cuma masa yang menentukan berapa lama kita memerlukannya untuk menerima perubahan baru tersebut.

Apa yang nyata, kita pasti akan merasa agak janggal dengan suasana yang berbeza dengan apa yang pernah kita lalui dahulu. Dan kadang-kadang, kita akan merasa pelik dengan manusia-manusia yang ada di persekitaran .

Hari ini bila kita berada dengan si polan, kita akan mendengar satu cerita. Esok, kita pasti akan mendengar satu lagi cerita yang sama tetapi dalam tempo yang berlainan. Dan lusa, irama cerita tersebut kedengaran makin sumbang.

Inikah yang dinamakan sebenar-benarnya manusia? Takut, risau, bimbang dan macam-macam lagi perasaan yang timbul di benak ini. Sampaikan pada satu ketika aku rela melarikan diri dari suasana yang membosankan. Aku rela jika dikatakan kera sumbang daripada mendengar input yang direka di dalam pelbagai versi yang mungkin boleh menimbulkan satu spekulasi baru jika terlebih layan.

Kesimpulannya, manusia adalah makhluk yang pelik. Yang menjatuhkan manusia adalah manusia itu sendiri...

Thursday, October 30, 2008

Melamine..


Sekarang semua tengah sibuk bercerita pasal melamine. Sampaikan gerun memikirkannya. Bila difikirkan rasa gerun pulak nak makan semua tu. Ingatkan biskut dah selamat, sekali..mak datuk..dipercayai turut mempunyai unsur2 sedemikian. Habis, aku nak bagi anak aku makan apa?.. Poning la macam ni.

Setiap kali pergi shopping, aku tak akan sekali-kali membenarkan anak dara aku tu memilih makanan ringin yang ntah apa2 (tapi kalo ibu makan takper.. ;) ). Aku cuma benarkan dia beli biskut atau roti sahaja. Tup-tup, aku dapat emel baru-baru ni mengatakan ada sesetengah biskut pun tak selamat.. Kalau macam ni lah aku kena belajar buat biskut pulak..hahaha. Pastu buat packaging cantik-cantik. Sure anak aku berkenan punya ;) Setiap kali pergi shopping aku masukkan biskut yang aku dah packed cantik-cantik masuk handbag. Kalo anak aku sibuk pilih makanan, aku pun letak lah biskut aku tu kat rak. Mesti dia ambik punya..hahaha..

Sunday, October 12, 2008

Outstation lagi..


Esok aku kena pergi KL lagi. 14 Okt ada meeting. 2 hari kemudian ada bengkel plak. Sedihnya nak tinggalkan Hasya. Sampaikan tak de mood nak buat kerja. Actually, kalo papa dia ada kat sini aku tak kisah sangat, tapi bila papa dia takder tu yang buat aku terasa sangat nak tinggalkan hasya. 4 hari 3 malam aku kena tinggalkan dia. Ni lah 1st time aku kena tinggalkan dia lama sikit. Aku harap dia ok. Hasya....

Wednesday, October 8, 2008

Aidilfitri...



Bila dah lama tak menulis, rasa macam dah tak tau macam mana nak mengarang. Apa pun, hari raya dah berlalu. Bila bab raya, memang seronok. Sehari puasa aku dah start download lagu-lagu raya. 2 minggu lagi nak raya, dah tak de semangat nak buat keje.. Kalo bos tau ni mampus aku kena marah..;) Ampun bos... Raya setahun sekali jer. So semangat tu mesti ar lebih sikit.

Hari raya pertama biasanya kami akan ziarah rumah nenek dan mak saudara yang lebih tua. So maknanya hari raya pertama kami takkan ada kat rumah. Tapi hari raya kedua kami pulak yang akan sambut tetamu. Sebab semua saudara mara kami dah tau yang raya kedua ni rumah kami ala-ala open house la.

Tapi tahun ni kakak ke-4 aku tak dapat balik beraya. Dia on call, Klinik kesihatan Tanjung Gemuk, Pahang. Kesian dia. Tapi nak buat macam mana dah tugas. Awal-awal lagi dia dah pesan supaya jangan sesekali call dia masa hari raya. Hari raya ke3 baru dia call kami. Tapi tu pun anak saudara aku yang banyak mulut tu yang bercakap. Kakak aku tak pun.. Tapi aku faham, sedih la tu. Kalo aku pun, tetiba jer hubby aku kata kita beraya kat Sabah..maunya sepanjang raya aku nangis..ahaks... Ampun b...

Hasya pulak, dia memang seronok giler.. Mana taknya, hari-hari dapat jalan. Macam biasa kalau time ambik gambar dia lah yang paling over acting. Sampaikan abang sepupunya pun takut.. Tak malu betul anak ibu ni...

Kalau bulan puasa berat badan aku turun sampai 4 kilo, tapi lepas raya ni aku yakin berat aku akan naik banyak tu jugak. Hubby pulak, macam biasa. Balik kampung dialah yang paling suka. Sebab dapat makan best-best katanya. Alamak gemuk la hubby aku ni. Tapi mak aku suka tengok dia makan. Hari-hari mak aku akan masak sedap-sedap kalo hubby aku balik. Apa lagi, menantu yang memang tak reti nak rasa malu ni..seronok sakan la dia.

Apa-apa pun semoga kita semua diberi peluang untuk mengecapi lebaran yang akan datang...

Tuesday, September 23, 2008

Indahnya kenangan..

Tinggal 7 hari sahaja lagi untuk kita menyambut syawal. Di akhir ramadhan inilah yang mengingatkan aku pada arwah ayah. Masih segar di benak ini, bagaimana ayah dengan riangnya menyiapkan pelita raya. Sambil ditemani oleh cucu-cucunya, ayah memasukkan minyak ke dalam pelita-pelita yang akan digantung. Kebiasaannya, sebelum malam 7 liko ayah dah siapkan semuanya. Dan selepas solat maghrib, ayah akan menemani kami memasang pelita.

Tapi kini, setelah ayah tiada, ibu yang mengambil alih tugas ayah menyiapkan pelita-pelita untuk cucu-cucunya. Tapi, pelita-pelita itu hanyalah setakat digantung sahaja tanpa dinyalakan. Bila malam 7 liko, ayah pasti menemani kami bermain bunga api. Keriangan bulan ramadhan seolah-olah terkubur tanpa ayah di sisi.

Dulu..setiap kali lepas kerja, ayah suka bawa kami jalan-jalan. Pergi pasar ramadhan adalah rutin kami walaupun selalunya kami hanya membeli air sahaja. Kata ayah, supaya kami tidak terlalu lama menunggu waktu berbuka.

Ayah..sesungguhnya kami terlalu rindukan ayah.

Monday, September 15, 2008


Wahai SUAMI renungkanlah: Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah Tidaklah setaqwa Aisyah Tidaklah setabah Fatimah Justeru, Isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi solehah.. Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama Isteri menjadi tanah, kamu langit penaungnya Isteri ladang tanaman, kamu pemagarnya Isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya Isteri adalah murid, kamu mursyidnya Isteri bagaikan anak kecil, kamu tempat bermanjanya Saat isteri menjadi madu, kamu teguklah sepuasnya Setika isteri menjadi racun, kamulah penawar bisanya Seandai isteri tulang yang bengkok, berhatilah meluruskannya Pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita, perlunya iman dan taqwa Untuk belajar meniti sabar dan redho ALLAH s.w.t kerana Memiliki isteri yang tak sehebat mana… Justeru Kamu akan tersentak dari alpa Kamu bukanlah Rasulullah s.a.w Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah Cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi SOLEH. Wahai ISTERI pula renungkanlah: Pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad s.a.w. Tidaklah setaqwa Ibrahim Tidak setabah Ayyub Tidak segagah Musa Apalagi setampan Yusuf Justeru Suamimu hanyalah lelaki akhir zaman yang punya cita-cita membangun keturunan yang soleh Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama Suami menjadi pelindung, kamu penghuninya Suami nakhoda kapal, kamu pengemudinya Suami bagaikan pelakon yang nakal, kamu adalah penonton kenakalannya Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya Setika suami menjadi bisa, kamulah penawar ubatnya Seandainya suami bengis lagi lancang, sabarlah memperingatkannya Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa Untuk belajar meniti sabar dan redho ALLAH s.w.t. kerana Memiliki suami yang tak segagah mana… Justeru Kamu akan tersentak dari alpa Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna di dalam menjaga Bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi SOLEHAH Justeru itu wahai SUAMI dan ISTERI
Jangan menuntut terlalu tinggi
Seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya SUAMI dan ISTERI ingatlah: Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah Andai diri tidak semulia Rasulullah Tidak perlu isteri secantik Balqis Andai diri tidak sehebat Sulaiman Mengapa mengharapkan suami setampan Yusuf Seandai kasih tak setulus Zulaikha Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim Andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah. Aku hanya mengharap yang terbaik dalam hidup ku.. seorang suami yang mampu membimbing aku ke arah jalan Ilahi seorang isteri yang sudi menemani aku ke arah jalan Ilahi yang sebenarnya...aku hanya ingin kebahagian yang diredhai ada rasa kasih dan sayang yg bertaut di hati, ada anak2 soleh buat bekal doa di akhirat.. aku hanya ingin jadi yang terbaik untuk diriku, keluargaku & agamaku... aku hanya perlukan seorang suami yang soleh buat penunjuk jalan di hari depanku... aku hanya perlukan seorang isteri yang solehah buat menemaniku di sepanjang perjalanan hidupku… Dan aku perlu rahmat & redha Ilahi sebagai bekalan hidupku menuju bahagia selamanya dunia & akhirat.. Ya Rabbi...perkenankan doaku…

Tuesday, September 9, 2008

Ramadhan..

Masa berlalu begitu cepat. Tanpa kita sedari, kita dah pun berada di bulan ramadhan. Kali ini, aku berpuasa berasingan dengan hubby. Kesian dia, berbuka tanpa kami di sisi. Makan apa yang ada.. Tapi aku di kampung..seronok. Seronok menikmati juadah berbuka. Apa tidaknya..mak aku setiap hari masak lauk yang sedap...pari bakar + kuah asam, gulai ikan patin, ayam kampung msk pedas, etc..nyum-nyum..

Hasya pulak, mungkin ini satu pendedahan yang baik untuk dia. Yalah, setiap kali waktu berbuka, kami akan menunggu di meja makan. Bila azan berbunyi, anak-anak saudara ku akan bergilir-gilir setiap hari untuk membaca doa berbuka. Setiap kali abang sepupunya menadah tangan, dia pun cepat2 berbuat sama dan turut mengaminkan doa.

Bila time solat maghrib Hasya pun akan sibuk sama mengambil sejadah. Dia pun turut sama bersembahyang bersama kami. Tapi yang dibacanya doa makan.. Bolehlah.. Silap-silap haribulan sejadah kakak Alynn yang tengah solat pun dikebasnya.. :)

Thursday, July 24, 2008

Hasya oh Hasya

Dah hampir 3 minggu kami berada di kampung. Hasya baru dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran. Minggu pertama dan kedua begitu mencabar buatku. Tiap-tiap malam dia akan terjaga dari tidurnya dan menangis. Dah lah macam tu, setiap kali nenek dan makcik-makciknya nak dukung, dia akan menangis. Takut katanya. Pergi nursery, dia cuma nak duduk kat riba maksu dia (pemilik nursery). Aku agak bimbangkan keadaan dia. Kami buat andaian yang dia rindukan papa dia. Sebab tu dia tak lena tidur. Selalu jugak dia tanyakan aku.."bu, papa work ya".. Sedih aku mendengarkannya. Dia manja papa.. Bila berpisah macam ni mungkin sukar bagi dia.
Awal minggu ke-2, aku dah kena outstation. Beratnya hati nak tinggalkan anak. Tapi nak buat macam mana, tugas perlu diselesaikan. Mereka di rumah yang jaga Hasya nagi laporan yang Hasya langsung tak ceria. Minum susu pun tak habis. Aku tak berani nak call dia, takut dia menagis. Esoknya, selepas habis meeting di UPM, aku suruh papa Hasya call. Ya Allah, sedihnya anak aku. Papa dia kata, dengar jer suara papa, Hasya terus kata, "papa..ibu work..". Lantas diikuti dengan tangisan yang menyayat hati sehinggakan kakakku dan sepupunya menangis, sedih tengok gelagat Hasya..
Tapi..masuk jer minggu ketika, Hasya dah berubah. Di nursery dia adalah ketua atau heroin. Lasak..dah kembali kepada perangai normal.. Tidur malam dah lena. Cuma masalah dia, kuat merajuk. Pantang silap sikit mula lah merajuk. Siap larikan diri dari aku.. Aduh! Peningnya.. Lama plak tu kalau merajuk. Mungkinkah ini kesan daripada hidup berjauhan dari papanya????
Sekarang, kalau umi Inanya pakai tudung nak keluar, Hasya akan mula berbuat baik. Nak ikut lah katakan.. Kalau umi dia tak pakai tudung, dia buat "derk" jer bila dipanggil..

Monday, July 7, 2008

Kehidupan Baru..

Semalam hari pertama aku di tempat kerja baru. Alhamdulillah, semua pekerja kat sini ok. Senior2 yg lain pun willing to help. Cuma kat sini banyak benda yang perlu aku pelajari. Serial and database department adalah sesuatu yang baru bg aku. Tapi tak pe..itu semua cabaran untuk aku dan satu pendedahan baru yang menarik. Hari pertama kerja aku dah ditugaskan ke UPM Serdang pada 16 Julai ni. Adus..peningnya.. Risau plak anak aku tu. Yalah, dia baru nak biasakan diri dengan orang-orang di kampung, tup2 ibu plak kena tinggalkan dia walaupun sehari..takper la..sekurang-kurangnya dia akan jd lebih berani.

Hari pertama Hasya di nursery, alhamdulilah. Masa hantar dia cuma menangis sekejap sahaja. Lepas aku tinggalkan dia dan lepas disogokkan dengan mainan yang banyak, dia terus diam. Cuma kata pengasuhnya dia tak pandai untuk berkongsi mainan. Yang lebih parah lagi, dia suka bergaduh dengan sepupunya yang umur 4 tahun. Hasya ni garang, pantang kakak sepupunya acah2 kan dia, mesti dia akan buat muka geram. Itu takper lagi, ada tu dia siap pukul kakaknya.
Aduh..tertekannya...

Friday, June 27, 2008

Balik Kampung..


Hari Rabu, 2 Julai nanti kami akan bertolak ke kampung halamanku. Di sana aku akan tinggal sementara dengan ibuku. Dan hubby pula akan pulang ke kampung 2 minggu sekali. Inilah yang merisaukan aku. Hasya manja dengan papa. Setiap kali papanya outstation, bila malam dia tengok papa dia belum balik soalan yang sama aku akan kena jawab, "papa ne bu?".. Bangun pagi pun soalan yang sama jugak dia akan tanya. Tp yang bestnye bila aku baru je nak menjawab, dia akan jawab dulu, "papa work".. :)

Berbalik kepada kampung, di sana Hasya akan dihantar ke nursery berhampiran rumah ibuku. Hari Khamis tu kami akan terus hantar Hasya ke sana. Macam-macam yang aku risaukan. Aku takut kalau Hasya menangis bila kami tinggalkan dia nanti, aku takut kalau Hasya tak dapat sesuaikan diri dengan keadaan, aku takut kalau papa dia dah balik Klang Hasya rindukan papa, dan mcm2 takut lagi yg ada dalam kepala aku ni...

Alamak..macam mana la aku dapat teruskan hari2 tanpa suami di sisi??? Walau macam manapun, life must go on.. bukan senang nak senang. Bak kata Cikgu Othman, hidup ini akan bermula dengan kesukaran dahulu dan kemudian barulah kesenangan boleh dikecapi. Barulah hidup ini bermakna...

Tuesday, June 17, 2008

Ayah..Masihku ingat...

Cerita kali ini masih lagi berkisar mengenai ayah. Sempena hari bapa ini, aku ingin mencoretkan kenanagn terakhirku bersama dengan arwah…

Ayah..
Aku masih ingat, ayah mula diserang stroke ketika aku berada di tahun akhir matrikulasi UiTM. Ketika itu, aku sedang menghadapi peperiksaan akhirku. Ibu tidak pernah berputus asa mengubati ayah. Sehinggalah ayah boleh berjalan semula walaupun terhinjut-hinjut dan dibantu dengan tongkat. Tidak mengapa, mungkin itu satu permulaan yang baik.

Ayah,
Aku masih ingat, selepas hari raya pada tahun 2004 doktor telah mengesan kandungan asid di dalam badan ayah terlalu tinggi. Sehinggakan pada bulan 12, ayah telah dimasukkan ke wad selama beberapa hari. Dan ayah juga telah dikesan mempunyai masalah pada buah pinggang. Bila mendapat khabar itu, aku segera balik ke kampung. Sesampai sahaja di perhentian bas, abang iparku telah menjemputku dan lantas aku terus dibawa ke hospital berjumpa ayah. Ayah..alangkah sedih aku melihat ayah tika itu. Tapi masa tu ayah masih mampu tersenyum untukku. Aku janji dengan ayah aku akan meluangkan masa dan menjaganya di hospital. 3 hari aku bersama dengan ayah di hospital. Dan pada hari ketiga ayah sudah meminta untuk keluar dari hospital. Kata ayah, ayah semakin sakit bila di sini. Doktor menyarankan agar ayah ditebuk di bahagian lehernya untuk tujuan rawatan penyakitnya. Tapi ayah tidak mahu. Dan akhirnya pada hari ke 4 ayah dibenarkan pulang dengan bersyarat. Aku tidak sampai hati meninggalkan ayah walaupun ayah telah dibenarkan pulang. Dalam perjalanan pulang ke rumah, berkali-kali ayah muntah disebabkan asid yang terlalu tinggi. Ayah kata ayah ok, itu cuma perkara biasa.. Aku tahu, ayah cuma ingin menyedapkan hati kami.

Ayah,
Masihku ingat, pelbagai makanan yang sepatutnya ayah dilarang makan..ayah tetap berdegil memakannya. Kami marah ayah. Tapi..bukan sebab kami tidak mahu menuruti kehendak ayah..bukan ayah..kami saying ayah..kami tidak mahu ayah sakit lagi.. Tapi ayah lebih pandai. Jika kami tidak boleh bagi ayah semua tu, ayah keluar dengan adik ayah, dan waktu itulah segala kemahuan ayah dituruti. Ayah..rupa-rupanya..selera ayah yang makin bertambah merupakan satu petanda buat kami. Cuma kami saja yang tidak menyedarinya..

Ayah,
Masihku ingat, pada cuti Hari Raya Cina, Februari 2005, aku pulang lagi ke kampung. Aku rindu padamu ayah. Masa tu ibu memberitahu yang selera makan ayah semakin berkurangan. Seperti biasa setiap kali aku pulang, ayah pasti mahukan aku yang memotong kukunya dan menyuapkan makanan. Aku ingat lagi ayah, pada malam itu, aku yang menemani mu tidur di bilik mu. Malam itu tiba-tiba aku rasa diperhatikan. Bila aku menoleh ke
arah mu di atas katil, ayah sedang duduk sambil menjuntaikan kaki ke bawah dan memerhatikan ku. Bila aku tanya, ayah kata ayah tidak boleh tidur. Ayah suruh aku sambung tidurku. Aku langsung tidak memikirkan kemungkinan-kemungkinan lain.


Ayah,
Masihku ingat, sebelum aku berangkat, ayah mahukan aku menyuapkan apam berkuah untuknya. Aku suapkan ayah dan ayah begitu berselera memakannya. Bila aku memberitahu ibu yang ayah begitu berselera, ibu kata mungkin sebab ayah dah lama tak makan apam berkuah. Sebelum aku pergi aku mencium tangan ayah. Dan paling menyedihkanku ayah menghantar pemergianku dengan pandangan yang sukar untuk aku tafsirkan.

Ayah,
Masihku ingat, suatu hari aku menelefon ibu bertanyakan khabarmu. Masa tu ramai yang datang ke rumah. Aku bimbang, aku tanya ibu, ayah sakit ke. Ibu kata ayah macam biasa. cuma mungkin saudara kita dah lama tak berjumpa dengan ayah. Keesokan harinya hari Isnin, aku baru sahaja selesai mesyuarat. Masuk sahaja library, mereka memberitahu yang kakakku menelefonku, ada hal penting katanya. Belum sempat aku menelefonnya semula, telefonku dah berdering. Dengan suara yang agak berlainan kakakku memberitahuku supaya pulang segera dan ayah berada di dalam keadaan tenat. Ya Allah…sedihnya hanya Tuhan yang tahu. Aku segera menelefon suamiku yang ketika itu adalah tunangku untuk menghantarku pulang ke kampung dengan segera. Sedang aku menunggunya di bawah tiba-tiba aku mendapat sms dari abang sepupuku yang mengatakan ayah telah tiada… 4.05 petang (21 Mac 2005, Isnin) ayah telah menghembuskan nafasnya yang terakhir..tanpa aku di sisi...

Ayah,
Patutlah masa di hospital ayah asyik melihat jari-jari ayah.Seolah-olah sedang menghitung sesuatu. Bilaku pandang perbuatan ayah, ayah seolah-olah memandang ke arah lain..
Patutlah pada malam aku menemani ayah, ayah mermerhatikanku. Bila aku bertanya, ayah kata ayah tak boleh tidur..
Dan patutlah pada hari tu ayah makan begitu berselera bila aku menyuapkan ayah..
Dan patutlah ayah menghantar pemergianku dengan pandangan yang berbeza..
Rupa-rupanya itulah kali terakhir kita berjumpa…
Dan rupa-rupanya itu jugalah kali terakhir aku menyuapkan ayah...

Ayah,
Aku amat menyayangimu. Kahilangan ayah amat menyedihkanku. Sehinggakan aku sering bermimpikanmu ayah. Dan sehingga kakakku risaukan tentang kesihatanku. Dan setiap kali aku melihat lelaki sebaya mu, aku seolah-olah melihat wajahmu. Tapikan ayah, anakmu ini pandai..aku tidak pernah menunjukkan rasa sedihku di hadapan kawan-kawanku di ofis. Setiap kali aku teringatkanmu, aku akan cepat-cepat berlari ke toilet..di sanalah aku akan melepaskan tangis rinduku..
Sehingga kini, masihku ingat satu persatu saat-saat terakhir aku bersamamu dan sehinggalah ayah dimasukkan ke liang lahad…

Ayah,
Doaku..moga ayah bahagia di sana..Amin.

Monday, June 16, 2008

Kenangan Hari Bapa...

Selamat hari bapa utk semua yang bergelar bapa…

Ayah, masih ku ingat sambutan hari bapa yang kami buat untuk ayah. Pada hari tu kami sepakat membeli pizza sebagai menu utama. Pintu dapur kami kunci untuk buat kejutan. Selepas semuanya siap, aku ditugaskan menjemput ayah di ruang tamu. Aku suruh ayah tutup mata. Aku pimpin tangan ayah sehingga ke dapur. Masih ku ingat, dengan terhinjut-hinjut ayah mengikuti aku ke dapur. Susah payah ayah berjalan, disebabkan lumpuh sebelah kanan akibat serangan stroke. Sampai di dapur kami semua sama-sama mengucapkan selamat hari bapa untuk ayah. Ayah gembira sesangat dengan kejutan tersebut. Namun itulah sambutan yang terakhir buat ayah. Tanggal 21 Mac 2006, ayah pergi mengadap ilahi dan meninggalkan kami dengan kenangan-kenangan indah untuk dikenang…

Thursday, June 12, 2008

MIND our ENGLISH...

Just to share with all of you. This article was taken from The Star, June 12, 2008.

It has to be "in" the sun
Question:
In my English exam recently, I came across this question:
She dries her clothes ___ the sun (in/under)
I chose "in" but it turned out that the teacher's answer was "under". I am quite confused
as I thought the common expression was "in the sun". For example, "don't play in the sun".
I find it strange to say "under the sun". Doesn't "under" mean directly below? As in "put your books under your desk?"

Answer:
You are quite right. The correct answer should be "in". If you are drying anything outside where it is sunny, you say you are drying it "in the sun".
"Under the sun" is an idiom, meaning "in the whole world". For example;
there is a newspaper article on the internet, reporting on last year's Turkish general election, whose headline says: Political parties promising everything under the sun.

Wednesday, June 11, 2008

5 JUN 2008


Ini juga merupakan tarikh keramat dalam hidupku. 5 Jun merupakan tarikh di mana aku telah melangsungkan perkahwinan dengan suamiku. Genap la 3 tahun kami berkahwin. Terima kasih hubby untuk segala-galanya...

Bila dah 3 tahun kawin dan anak pun dah 2 tahun, hubby dalam nada bergurau, "boleh la kita tambah lagi 1. Hasya nak baby boy kan?" Dan si kecik tu pun apa lagi, "baby pa?"

Buat masa sekarang, bukan aku tidak mahu mengandung lagi. Cuma rasa serik tu masih menguasai diri. Seolah-olah rasa sakit lepas bersalin masih lagi terasa. Aku lahirkan Hasya secara operation. Sebab masa tu jantung baby dah terlalu laju, DR risau berlaku sebarang kemungkinan. Masa di operate tak ada masalah, cuma lps operation la yg menyeksakan.

Aku ingat lagi, masa DR bg injection kat belakang, aku sedikit pun tak kata "Aduh", aku cuma berdiam diri, Sbb aku begitu pasrah masa tu. Sampaikan DR tanya, "awak tak rasa sakit ker?" Dan aku cuma senyum sebagai jawapan. Selepas semuanya selesai, aku dibawa ke wad. Mula2 tu ok jer, tp beberapa jam selepas itu, rasa sakit di bahagian yg di operate mula terasa. Mula2 cuma rasa sakit sikit jer, tapi lama kelamaan rasa macam dikelar-kelar mula menguasai diri. Sakit yang teramat sangat. Sampaikan semua ayat aku baca (sekurang-kurangnya dapat melupakan rasa sakit). Ada sorang nurse yang dtg ke katilku, aku mintak dia ubat tahan sakit. Tapi katanya, kena tunggu DR. Ya Allah...masa tu hanya tuhan saja yang tahu...

Paginya bila DR dtg aku tanya DR, kataku "DR kalau saya sakit, saya tak boleh mintak ubat penahan ker?". Katanya, "boleh, ckp dgn nurse." Adus.... Ptg, nurse dtg hantar ubat, dia bg aku ubat tahan sakit. Dia suruh makan, sebab katanya nanti aku nak kena bangun untuk mandi. Tapi aku tak makan pun, sbbnya, semalam aku dah rasa kesakitan yang teramat..dah kalih pun kata org Terengganu... Masa nak mandi tu, nasib baik la kakak ku seorg staffnurse (walaupun bukan di hospital yg sama, dia la yg uruskan aku..

Peliknya, makcikku yg bersalin operate langsung tak rasa sebagaimana yang aku tanggung, begitu juga dgn kakakku. Mungkin ini adalah ujian buat aku... Allah ingin menguji sejauh mana kesabaran ku...

Dan mungkin kesakitan2 inilah yang dialami oleh ibuku sewaktu melahirkanku dulu, walaupun mungkin rasa sakit itu berbeza. Dan inilah yg menginsafkan aku sbg seorg anak. Sejak itu, aku terlalu sensitif dgn hati seorg ibu... Penghargaan aku pada ibu semakin bertambah. Dan sayang aku padanya makin berganda-ganda..serta penghormatan pada ibu makin menggunung....

Walaupun begitu, bukan la aku langsung tak nak mengandung lagi. Cuma tidak dalam masa terdekat ini. Lagi pun kata sorang nurse tu, seelok-eloknya biarla jaraknya 3 tahun dulu. Insyaallah, ada rezeki nanti, Hasya dah 3 tahun aku pregnant lagi. Semoga apa yang aku rasai dulu takkan berulang lagi....

1 JUN 2008


Tarikh ni genap la si comelku berusia 2 tahun. Pejam celik-pejam celik, dah membesar rupanya anakku ini. Makin byk keletahnya. Hubby rajin ajar anak kami baca doa makan, bilang nombor dsbnya. Dan sekarang walaupun pelat Hasya dah boleh baca doa makan sendiri (walaupun ada la tertinggal sikit2). Hasya pun dah boleh bilang 1-10 walaupun selalu jer no 7 tertinggal. Seronok tengok perkembangan dia. Malahan, Hasya juga suka kalau diambil gambarnya. Mcm2 posing yg akan dibuat. Hari tu kami ada belikan handphone mainan untuknya. Dia siap suruh aku posing dan ajar aku untuk berposing, ambik gambar katanya...

Kalau pergi jalan dia la orang yang paling gembira. Masuk shopping complex dia akan menyanyi, kuat pulak tu. Sampaikan ada sorang customer tu buat syyyy.. kat dia (main2kan dia), tp dia buat selamba ajer. Sebab dia tau shopping complex orang tak kenal dia, tp kalau pergi rumah orang berkepit jer..takut orang ambil...Walaupun begitu, kalau disuruh bersalam dia cepat2 akan buat. 2 perangai yang berbeza...

Tapi bila tengok banyak masalah keruntuhan moral di kalangan remaja, rasa takut untuk menghadapi saat anakku membesar mula menguasai diri. Nauzubillah...

Tapi kata hubby, jangan risau. Kita pastikan anak kita membesar dengan penuh kasih sayang, didikan agama yang cukup dan perhatian yang sewajarnya. Semoga Hasya menjadi anak yang cemerlang di dunia dan akhirat....

Tuesday, June 10, 2008

BEZA ANTARA MARJERIN & MENTEGA

Tahukah anda apa bezanya marjerin & mentega. Seringkali pengguna akan
menggunakan sesuatu bahan tanpa melihat apakah bahan2 yg dicampurkan dsb. Utk
itu, di sini ada sedikit info berguna utk kengkawan semua. Semoga ia blh
dimanfaatkan...

(Dipetik dari Rense.com <http://rense. com/> )

Marjerin pada asalnya bahan yang dihasilkan bagi menggemukkan ayam belanda (turkey). Apabila ia menyebabkan kematian kepada haiwan terbabit, orang yang melabur wang mereka dalam kajian itu mahukan wang mereka semula lalu memerah otak untuk mencari jalan apa yang mahu dibuat dengan barangan tersebut bagi mendapat semula wang pelaburan mereka. Ianya adalah sebatian bahan berwarna putih yang tidak menyelerakan lalu mereka tambah pewarna kuning dan menjual kepada orang ramai sebagai ganti mentega. Suka tak? Mereka dengan liciknya telah menghasilkan marjerin dengan pelbagai perasa baru. TAHUKAH ANDA ...perbezaan antara marjerin dan mentega? Bacalah sehingga ke akhirnya.anda tentu tertarik! Kedua-duanya mempunyai jumlah kalori yang sama. Mentega sedikit tinggi kandungan lemak tepunya sebanyak 8 gram berbanding 5 gram pada marjerin. Dengan memakan marjerin boleh meningkatkan penyakit jantung pada wanita sebanyak 53% berbanding memakan jumlah sama mentega, menurut Kajian Perubatan Harvard yang terbaru. Memakan mentega meningkatkan penyerapan banyak nutrien lain dalam makanan. Mentega mempunyai banyak faedah nutrisi berbanding marjerin kerana ia adalah makanan tambah nilai! Mentega lebih enak berbanding marjerin dan ia boleh menaikkan rasa makanan lain. Mentega sudah pun wujud selama berabad-abad sedangkan marjerin terhasil kurang dari 100 tahun. Dan sekarang kita bercakap tentang marjerin. Ia sangat tinggi kandungan asid lemak Trans. Meningkatkan risiko penyakit jantung koronari sebanyak tiga kali ganda. Ia meningkatkan kolesterol total serta LDL (kolesterol berbahaya) dan menurunkan HDL (kolesterol bagus). Marjerin menaikkan risiko penyakit barah sebanyak lima kali ganda. Ia mengurangkan jumlah susu badan. Ia juga merendahkan respons pertahanan tubuh serta keberkesanan insulin semula jadi badan. Dan ini ialah fakta yang paling membimbangkan . INI IALAH BAHAGIAN YANG SANGAT MENARIK! Marjerin hanya kekurangan SATU MOLEKUL untuk menjadi PLASTIK. Fakta ini sahaja sudah cukup membuatkan saya mengelak dari memakan marjerin seumur hidup saya dan setiap barangan yang melalui proses hidrogenasi (ia bermakna hidrogen ditambah, mengubah struktur molekul bahan). Anda boleh cuba melakukan ujikaji ini: Belilah satu mangkuk marjerin dan tinggalkan ia dalam garaj mahupun tempat teduh. Dalam masa dua hari anda akan dapati dua perkara berikut: *tiada lalat yang menghurung, tidak juga lalat buah akan menghampirinya (ia sepatutnya memberitahu sesuatu kepada anda) *ianya tidak akan membusuk atau bertukar baunya kerana ia tiada nilai-nilai nutrisi; tidak akan ada apa yang tumbuh atasnya. Hatta satu mikroorganisma juga tidak akan membiak atasnya. Kenapa? Kerana ia sangat hampir kepada plastik. Mahukah anda meleburkan Tupperware dan menyapu ia ke atas roti anda?

Friday, June 6, 2008

TIPS CinTa SUaMi ISteRi...


Bg kengkawan yg dah berumahtangga, tips ni elok diamalkan..


* Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.


* Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.


* Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.


* Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.


* Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.


* Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.


* Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.


* Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari.


* Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada di sisi.


* Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.


* Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.


* Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.


* Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.


* Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.


* Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.


* Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.


* Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.


* Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.


* Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.

Wednesday, June 4, 2008

Hari-hari terakhir..


Aku akan resign dr HICT tak lama lagi. 30 Jun ni adalah hari terakhir aku di sini. Aku dah dapat tawaran daripada Universiti Darul Iman, Terengganu. Dan aku akan balaik menetap di sana. Sedih..yalah..dah 5 tahun aku di sini. Buruk ke baik ke HICT ni..ia adalah tempat kerja aku yang pertama lps grad dr UiTM. Dari seorang yang tak tau apa-apa, aku dilatih oleh seorang supervisor sehinggalah aku mampu berdiri sendiri. Segala pengalaman yg aku dapat adalah bermula di HICT. Terima kasih.. Yang pasti aku akan merindui korang..

Lps cuti...

Hari ni aku baru start keje lepas bercuti beberapa hari. Bila dah cuti lama-lama rasa malas plak nak kerja, tp yg tak bestnya bila dah lama cuti ni byk plak kerja kat atas meja ni. Buku yang baru sampai dah meninggi, sampai tak nampak muka aku dah..Apa-apa pun aku kena siapkan semua kerja seblm 30 jun ni. Kalo tak kesian la sapa-sapa yang take over kerja aku kat sini..

Wednesday, May 28, 2008

Anak oh anak


Semalam anak aku buat hal. Pukul 4 pg dia tiba2 menangis. Dah la tu mengamuk lak tu..Bila tanya nak susu ke, katanya "nak cucu"..bila dah dibuatkan tak nak minum plak. Geram jer.. Aku peluk dia..still menangis gak. Papa dia nak dodoikan dia tak nak. Sampai la pkl 5pg dia mengamuk. Last2 papa dia jugak yg dodoikan..barulah tido. Pg tadi dia bgn trs on kan tv. Aku tanya dia, naper smlm adk nangis?..Dia senyum jer.. then terus mintak susu. Dahaga la tu, semalam merajuk tak nak minum..Alahai anak.. Walau pun penat, tp seronok bila tgk perkembangan dia. Sekarg Hasya dah belajar bercakap. Dia bahasakan dirinya adik, tapi bila kita tanya dia adik ke baby, dia akan cakap "adik ar..". Kalau dia dengan papa dia, dia suka menyanyi. Mukanya kelakar bila nyanyi, sampai sepet2 matanya, menjiwai la konon. Bila dia tengah khusyuk nyanyi, papa dia suka buat brek mengejut. Dia pun apa lagi, marah la..katanya "papa ni.." Garang, Pantang papanya salah sikit mesti dia marah, suka bebel plak tu. Tapi apa yang di bebelkan aku pun tak tau..Dah besar anak ibu..

Tuesday, May 27, 2008

Kampung..




Gambar-gambar ni dikirimkan oleh wanie. Wanie sekarang berada di kampung, kat Kedah. Cantik .. Tapi aku sendiri pun tak pernah merasai suasana yg sebegini. Pernah satu ketika dulu aku berangan untuk merasai suasana yang sebegini. Nak ambik gambar kat tengah-tengah sawah yang menghijau, pastu nak tangkap ikan kat tali air..dan mcm2 lagi. Tapi itu semua dgn tujuan nak ambik gambar la..sebab pemandangannya cantik.

Monday, May 26, 2008

Surat Untuk Mak


Ni adalah salah satu emel yang aku terima dari kwnku. Aku kongsikan surat ni dengan kalian semua. "Perpisahan adalah sesuatu yang menyakitkan"..




Mak.....Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari.Dah hampir sepuluh bulan mak pergi,Rasanya baru semalam mak peluk kiter kansejuk syahdu masih terasa lagi nih.... Mak tau tak.....itu lah pertama kali mak peluk anak mak yangnakal ni sejak kiter dewasa.....dan itu juga terakhir kali nya.Emmmm...rupanya mak dah tau mak nakpergi jauh....nak tinggal kan anak2 mak.....nak tinggal kan dunia fana ni.....mak macam dan sedia.....Seminggu sebelum tu.....mak dahmenganyam tikar mengkuang 3 helai.....Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikartuu.....tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih.....kakak pun rasa hairan.....mak tak penah buat gitu.....pastu mak pasang radio kecil di sebelahmak.....tapi mak seolah2 tak sedar bahawarancangan radio tu siaran siam.....kengkadang siaran indonesia... mak terustekun menganyam...Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu digunakan untuk mengiringi mak ke kuburan..Pastu mak sapu sampah sekeliling rumahbersih2....pastu mak jemur karpet-karpet. ..pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..makbiarkan ruang tu kosong..rupanya kat situ jenazah mak diletakkan..paling menarik sekali mak bgtau kat manersume duit dan barang kemas mak..ada kat dalam almari.....ada kat dalam dalam beg.....ada dalam ASB.....ada kat dalam Tabung Haji..mak cakap tak berapa cukup lagi....ada kat dalam gulung tikar.....masa tu mak perasan takk..??kiter gelak sakan bila mak bgtau duit dalamgulung tikar...kiterkata mak ni memang pesenn lama laaa...mak cuma gelak jer...eeemmm..bahagiaa nya saat ituu..Mak.....Hari tu hari sabtu 18/08/1999 pukul 3 petangmak tiba2 sakit perut.....bila malam tu kiter sampai dari KL.....mak dahdalam kesakitan.Akak dan abang kat kampong semua dahpujuk.....mak tetap takmau pi hospital.... .dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yangbelum pujuk.Mak kata mak takmau duduk dalam hospital...tapi kiter berkeras juga pujukk..nanti di hospital ada doktor...ada ubat untukmak..kat rumah kami hanya mampu sapu minyakdan urut ajer..Mak tetap tak bersetuju... ..mak memang degil..tak salah, anak mak yang ni pon mengikutperangai mak tu..Tapi akhirnya bila melihat keadaan makmakin teruk....mak sakit perut sampai nak sentuh perut makpon sakit kami adik beradiksepakat hantar juga mak ke hospital.... .Mak.....amponkan kami semua...kami nak mak sehat...kami sayang mak...kami tak mau mak sakit...kami terpaksa juga hantar mak ke hospital....ampon kan kami yer mak....Mak.....Malam itu abang bawa mak ke hospital danitu lah pertama dan terakhir kalimak naik kereta kiter...Masih terbayang betapa ceria dangembiranya mak, kiter kata nakbeli kereta....Mak asyik tanya ajer..cukup ker duitt..kiter jawab pula...kalau tak cukup,mak kan banyak duit...mak gelak ajerr.....Lepas tu bila kereta kiter sampai.....mak buatkenduri kesyukuran.. ...Dan kiter masih ingat lagi...bila kiter eksidenterlanggar kelinn naik motor.....Punya la kiter takut...kiter warning kakak kiterjangan sesekali bgtau kat mak.....Bila balik sahaja kampong....kiter cepat-cepatsimpan keta dalam garaj.....Tapi mak perasan juga bumper depankemek...mak tanya kenapa...?Selamba jerr kiter jawab terlangar pokokbunga.....Mak....tujuan kiter menipu tu supaya mak takrisau...Maafkan kiter kerana sampai mak pergi maktak tau hal sebenar...mak, kiter menipu mak kan...ampon kan kiter..Mak.....Jam 4.30 pagi 19/08/1999Bila tiba aja kat hospital.... nurse tengah balutmak dengan kain putih.....mak mesti nampak kiter jatuh terduduk dilantai hospital...Mesti mak nampak abang cium dahi mak.....Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak...Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusikat sudut itu...mesti mak nampak semua tu kann...kann. .kannnMak tau tak....Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kitermamandu dalam keadaanseparuh sedar...Adik kat sebelah diam melayan perasann...Kenangan bersama mak berputar dalamkepala ini...jalan di depan terasa makin kelam.....airmata dah tak mampu di tahan....Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalanitu kiter rela...Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampaijuga. di sebab kan pagi masih awal,jadi jalan tu lenggang..kosong. ...sekosonghati ini.....Sepanjang pe! rjalanan terasa kedinginansubuh itu lain benar suasananya.. ...terasa syahdu dan sayu gitu...dinginnnn. ...Mak.....Kiter masih ingat lagi...Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankanmak...Jam 11.00 pagi mak di mandi kan....Anak2 mak yang pangku masa mak mandi....Mak mesti rasa betapa lembut nya kamimengosok seluruh tubuh mak.....Kiter gosok kaki mak perlahan lahan.....Mak perasan tak...?Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter.....Dia kata..." dikk...jangan nangis...kalausayang mak jangan buatgitu...jangannangis ya.."Bila makcik tu kata gitu...lagi laaaa laju airmata ni..tapi kiter kawalsupaya tak menitik atas mak....Mak.....Sampai takat ini surat ni kiter tulis.....kiter nangis ni.....Ni kat dlm bilik...baru pukul 4.00 pagi....Takder orang yang bangun lagi.....kiter dengar nasyid tajuk "anak soleh"kiter sedih...kiter rindu kat mak..!Takpa la.....nanti bila kita selesaisembanyang subuh, kiter baca yassin untukmak...mak tunggu ya...!Mak..Sebelum muka mak di tutup buat selamanya..Semua anak2 mak mengelilingi mak...menatap wajah mak buat kali terakhir....Semua orang kata mak seolah2 senyum aja..Mak rasa tak....masa tu kiter sentuh dahi mak..kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk.....Kiter tak mampu nak cium mak...kiter takdaya....kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi makdengan air mawar...Airmata kiter tak boleh tahan....Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadiimam solat jenazah untuk mak...tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebabkite sebak....Jam 12 tengahari mak diusung keluar darirumah....Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik..badan akak terasa panas...makk...anak mak yang seorang tu demam....Mak tauu...cuma akak sorang saja anak makyang tak mengiringi mak ke tanahperkuburan.. .Mak.....Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi...Begitu terasa kehilangan mak...boleh katasetiap malam selepas maghrib anak makini berendam airmata...Dan sampai satu tahap....masa tu malamjumaat selepas maghrib...Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan.entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkangambar2 mak pastu apa lagi...semakin kiter tenung terasa semakin sayu...tangisan tak dapat dibendung...Mak tauu...kiter cuba bertahan...memujuk diri sendiri tapi tak juga reda...Kiter rasa nak telefon mak...nak cakap dengan mak....anak mak yang ni dah tak betul kan..????Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kitertelefon kampong...Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagi.Puas la kakak memujuk kiter...Akak kata..." tak baik laa nangis aje..doa lahuntuk mak..nanti kalau giniajer mak yang susah kat sana.."Dan akhirnya akak juga nangis.....Agaknya mak nampak adegan tu...sebab malam jumaat kata orang roh balikrumahh...mengharap sedekah dari anak2 nya...Mak tau tak...di saat itu kerinduan terasamenusuk sehingga ke hulu hati...rasa nyilu sangat....menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakitdalam dada ni....Sampai sekarang bila kerinduan itumenjelma...hanya sedekah al-fatihahkiter berikan.....Mak....cukup la sampai sini dulu....kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu....kejap lagi kami nak pergi solat subuh katmasjid...selalunya, kiter yang bawak mak naik motorkan...kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak...esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula....Mula2 kiter tak tau nak hantar mana surat nih..pastu kawan kiter bgtau...simpan je buatkenangan..Kiter cuma tau alamat ni aje...Takper yer mak...kiter kasi orang lain baca...Kiter stop dulu...sebab kawan kiter dah lamatunggu tu.akhir kata untuk mak, I LOVE YOU SO MUCHdan jutaan terima kasih keranamembesarkan kiter...memberi seluruh kasih sayang dari kecilsampai masuk sekolah..sampai masuk unibesiti..sampai kiter boleh rase naik kapal terbang...boleh rasa duduk kat negara orang...Sampai akhir hayat ini jasa mak tak akanmampu kiter balas..Sekian terimakasih.Yang Benar~Anak mak yang dah tak degil

Farewell party

Hari terakhir k.aizar..perancangan yang baik telah dibuat sbg surprise utk dia. 12 tahun k.aizar abdikan diri untuk HICT. Mungkin majlis ini tidak seberapa berbanding bakti yg telah dicurahkan.

Hari-hari yang tinggal..




Inilah wajah-wajah ceria kami di Library HICT. Sesibuk manapun, kami tetap ceria.
Sampaikan orang lain kata kami ni macam takder kerja. Takper la.. yang penting hidup mesti ceria dan gembira walau sesibuk mana pun kita. Barulah kita nampak sentiasa muda ;-)
Ikutkan banyak kerja..memanglah membebankan. Maklumla, library sekarang tak cukup 2 kakitangan. Nak buat camner..semuanya kena cut...sabar ajerla..

Saturday, May 24, 2008

Renungan..


Wanita dan Harta Dalam Islam
(Siti Fatimah binti Abdul RahmanFellow Kanan, Pusat Ekonomi dan Kajian Sosial04/08/2006 ) Utusan Malaysia

Kes 1: "Saya bekerja dan mempunyai pendapatan sendiri. Tetapi suami terlalu mengongkong saya tentang bagaimana saya membelanjakan pendapatan saya itu sehingga saya tidak dibenarkan untuk memberi wang kepada ibu dan bapa saya. Akibatnya saya terpaksa sorok-sorok memberikan wang itu kepada mereka. Macam mana, ya Ustazah?"
Kes2: "Puas hati dapat beli kasut tu. Harganya pun berpatutan sempena jualan murah ni. Saya dah lama tak beli kasut. Tapi kasut baru ni kena simpan di ofis dulu. Kalau tahu dek ‘cik abang' mesti dia marah, ni!"
Kedua-dua kes ini adalah kisah benar yang pernah ditemui oleh penulis sendiri. Ia menunjukkan betapa pendapatan yang diperolehi oleh wanita hasil dari titik peluh mereka sendiri tidak lagi menjadi milik mutlak mereka. Sebaliknya, ada orang lain - suami-suami yang keliru - yang menentukan apa yang patut dan tidak patut mereka lakukan dengan wang tersebut. Sedangkan dalam Islam, wang dan harta wanita adalah hak mutlak mereka dan mereka bebas membuat keputusan mengenainya.
Kedua-dua kes yang penulis temui ini tentunya bukanlah kes yang terpencil. Ramai wanita yang menghadapinya cuma sama ada mereka mahu mengakuinya ataupun tidak.
Mengapa ini berlaku? Dari pemerhatian penulis ini berlaku akibat pendekatan sesetengah pihak yang bila membincangkan tentang hak wanita terhadap harta, perbincangan yang menyeluruh tidak dilakukan. Sebaliknya, perbincangan menjurus kepada dua perkara sahaja. Pertama, wanita perlu menjaga harta suami dengan sebaik-baiknya. Kedua, hak wanita dalam harta pusaka yang jumlahnya lebih kecil dari apa yang diperuntukkan untuk lelaki.
Kedua-dua perkara ini memang penting untuk wanita ketahui. Namun, ada perkara lain yang juga penting tetapi jarang dibincangkan. Misalnya, wanita boleh berusaha untuk mengumpul harta tanpa berharap kepada pusaka semata-mata. Wanita juga boleh memperbanyakkan harta mereka dengan mengusahakannya atau mengupah orang lain mengusahakannya. Termasuklah ajaran Islam bahawa pendapatan dan harta wanita adalah hak mutlak mereka dan tiada siapa yang boleh memaksa mereka melakukan apa-apa terhadap harta tersebut sekiranya mereka tidak mahu. Malah, Islam juga mengajar bahawa suami tidak boleh menggunakan wang isteri tanpa izin dan sekiranya suami meminjam wang isteri, dia wajib membayarnya.
Malah, dalam Islam, salah satu sumber harta untuk wanita ialah mas kahwin. Malangnya, harga mas kahwin wanita di Malaysia amat rendah melainkan Perak (RM110). Harta apakah yang boleh dibeli oleh wanita dengan bayaran mas kahwin itu sekiranya di hari ini segram emas berharga RM83? Apabila ada cadangan untuk menaikkan harga mas kahwin, ramai yang melenting kerana kononnya menyukarkan perkahwinan. Tetapi hakikatnya, banyak benda lain yang kita lakukan untuk membuatkan perkahwinan itu semakin sukar seperti jumlah wang hantaran yang mencapai RM5 ribu ke atas dan jumlah dulang bagi barang-barang hadiah. Tetapi, untuk menaikkan harga mas kahwin demi kebajikan dan masa depan wanita, tidak ramai yang mahu melakukannya!
Kurangnya penekanan terhadap kepentingan wanita memiliki dan mengumpul harta ini telah menjejaskan kehidupan wanita apabila mereka bergelar ibu tunggal akibat perceraian atau kematian suami. Diakui di seluruh dunia bahawa taraf hidup wanita menurun apabila berlaku kedua-dua keadaan ini. Andai sahaja penekanan diberikan kepada betapa pentingnya untuk wanita memiliki dan mengumpul harta, pastinya kesukaran-kesukaran hidup ketika bergelar ibu tunggal dapat dikurangkan.
Untuk memberi kefahaman yang lebih jelas tentang hak-hak wanita terhadap harta dalam Islam, Jabatan Pembangunan Wanita, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan bekerjasama dengan IKIM untuk menganjurkan Seminar "Pembelaan Hak Wanita Melalui Kefahaman Mengenai Harta Dalam Islam" pada 8 - 9 Ogos ini. Selain itu, seminar ini juga akan menyentuh tentang pelaburan masa depan, undang-undang berkait dengan harta, pengurusan harta agar dapat dimanfaatkan oleh waris dan kemahiran pengurusan kewangan peribadi. Semoga maklumat-maklumat ini dapat dimanfaatkan oleh wanita demi kejahteraan mereka di dunia dan akhirat.

Si comelku..













Dhiya Hasya..
Inilah wajah puteriku. Hasya dah nak masuk 2 tahun. Bila dah besar macam-macam kerenahnya. Walaupun letih, tapi ia adalah satu pengalaman yang menyeronokkan. "Semoga anak ibu menjadi seorang insan yang berjaya dunia dan akhirat..amin.."











Pertama kali..


Satu permulaan.. agak sukar rupanya mencoret kata-kata di dalam blog rupanya. Mmmm..yalah, sebelum ni aku cuma singgah di blog rakan-rakanku yang lain. Tapi dgn inspirasi daripada merekalah hari ini aku memulakan blog aku sendiri. "K.Wien, org slalu view blog akak.." dan akhirnya inilah hasilnya..