Sunday, November 16, 2008

Pengaruh..

Ultraman..itulah yang selalu keluar dari mulut Hasya. Dengan pelatnya Hasya akan menyebut "omen" setiap kali nak berlawan dengan abang-abang sepupunya. Gaya ultraman yang akan mengangkat sebelah tangan ke atas dan satu lagi diletakkan di perut pun menjadi ikutan Hasya. "Hiak! Hiak! Hiak..", itu jugak dah menjadi sebutan Hasya setiap hari. Inilah yang dikatakan pengaruh ultraman dan sepupunya yang kebanyakan lelaki.

Bila dikacau, Hasya akan marah, "sepak kan..tumbukkan..". Takpun, tanpa signal, terus diberi tumbukan padu dimuka kakak alynn yang selalu menjaganya. Satu perkembangan yang agak menakutkan, sebab dia adalah anak aku yang perempuan...

Sampaikan mengigau pun disebutnya ultraman. Nak beli mainan pun ultraman.. Semuanya ultraman.. Takutnya aku....Nasib baiklah gaya manja dia masih ada. Kalau tak, mau pengsan aku dibuatnya..

3 comments:

zie said...

dah jadi org trg dah ye..anak mung nie..orait ah..kira dia dpt berdikari lah tu..kurang2nya dia ada gak cita2 nak jadi ultraman..

awein said...

budak2 mudah mengikut..nabil plak suka buat mulut mcm kartun pingu...klu tgk pingu dok senyap ja x bergerak mana dah tapi nak kena kurangkan nnt dia tiru cara pingu cakap plak xker haru

SofieSofika said...

hahaha..tak mustahil kalo dia leh ikut cara si pingu..