Thursday, November 27, 2008

Tengkujuh..


Tengkujuh datang lagi. Mana-mana tempat yang rendah kedudukannya akan mengalami banjir termasuklah rumah ibuku. Di tepi-tepi jalan di Kampung Manir dipenuhi dereten orang kampung yang menjual bermacam-macam ubi. Satu pemandangan yang menyeronokkan..seolah-olah pesta ubi di musim hujan. Teringat aku zaman kanak-kanak, di luar rumah hujan turun dengan lebatnya. Sehinggakan rumah kami banjir jadinya. Untuk turun ke bawah menjadi satu masalah besar buat aku. Melingkar depan tv lebih menyeronokkan pada musim hujan. Minum petang kami pula, pastinya ubi yang direbus dan diminum bersama air kopi yang masih berasap. Sungguh menyelerakan.

Selalunya, ayah akan bawa kami menaiki kereta fiat lama yang mana enjinnya di belakang. Kami akan meredah banjir yang melintas di atas jalan-jalan utama. Kalau orang lain risau untuk meredah banjir dengan kereta, tapi ayah tidak. Yalah, ayah aku tu mekanik. Lagipun kereta ayah enjin dia kat belakang, so tak risau la air masuk dalam enjin. Yang paling best banyak lah kereta yang tersadai tepi jalan sebab tak berani nak redah air dan ada yang rosak. Masa tulah kami adik-beradik akan rasa bangga dengan kereta ayah. Kalau tidak, mmmm...asyik merungut je. Kereta ayah buruk la, kereta ayah tak macam kereta orang lain la, kereta ayah bocor sana, bocor sini... Tapi ayah tak pernah marah walau kami kutuk2 kereta buruk ayah.

Tapi kali ni, tengkujuh yang datang tak ada lagi ubi rebus..tak ada lagi kereta buruk ayah dan paling utama tak ada lagi ayah untuk sama-sama bawa kami meredah banjir. Yang tinggal hanyalah kenangan.

4 comments:

awein said...

kenagan yg terindah....

ayangzzy.BLOGSPOT.COM said...

ni yg teringat nak makan ubi keling ha ha

SofieSofika said...

ubi keling, ubi besor, ubi kayu, ubi stele...nyumi nyumi.. mcm suka sgt jer.. padahal..;)

IdzaRis said...

PIA...
AKU TAG HANG..
PI AMIK TAG KAT BLOG AKU...
JGN MALAS2 OK?