Sunday, November 30, 2008

FAMILY KU YANG KECOH...

Video ni dirakam masa raya hari tu. Inilah famili ku yang sentiasa kecoh. Pegi mana-mana tak sah kalau tak buat kecoh. Especially k.ina & hubby aku. Dua org ni kalau berckp boleh pening kepala aku..
video

Thursday, November 27, 2008

Tengkujuh..


Tengkujuh datang lagi. Mana-mana tempat yang rendah kedudukannya akan mengalami banjir termasuklah rumah ibuku. Di tepi-tepi jalan di Kampung Manir dipenuhi dereten orang kampung yang menjual bermacam-macam ubi. Satu pemandangan yang menyeronokkan..seolah-olah pesta ubi di musim hujan. Teringat aku zaman kanak-kanak, di luar rumah hujan turun dengan lebatnya. Sehinggakan rumah kami banjir jadinya. Untuk turun ke bawah menjadi satu masalah besar buat aku. Melingkar depan tv lebih menyeronokkan pada musim hujan. Minum petang kami pula, pastinya ubi yang direbus dan diminum bersama air kopi yang masih berasap. Sungguh menyelerakan.

Selalunya, ayah akan bawa kami menaiki kereta fiat lama yang mana enjinnya di belakang. Kami akan meredah banjir yang melintas di atas jalan-jalan utama. Kalau orang lain risau untuk meredah banjir dengan kereta, tapi ayah tidak. Yalah, ayah aku tu mekanik. Lagipun kereta ayah enjin dia kat belakang, so tak risau la air masuk dalam enjin. Yang paling best banyak lah kereta yang tersadai tepi jalan sebab tak berani nak redah air dan ada yang rosak. Masa tulah kami adik-beradik akan rasa bangga dengan kereta ayah. Kalau tidak, mmmm...asyik merungut je. Kereta ayah buruk la, kereta ayah tak macam kereta orang lain la, kereta ayah bocor sana, bocor sini... Tapi ayah tak pernah marah walau kami kutuk2 kereta buruk ayah.

Tapi kali ni, tengkujuh yang datang tak ada lagi ubi rebus..tak ada lagi kereta buruk ayah dan paling utama tak ada lagi ayah untuk sama-sama bawa kami meredah banjir. Yang tinggal hanyalah kenangan.

Sunday, November 16, 2008

Pengaruh..

Ultraman..itulah yang selalu keluar dari mulut Hasya. Dengan pelatnya Hasya akan menyebut "omen" setiap kali nak berlawan dengan abang-abang sepupunya. Gaya ultraman yang akan mengangkat sebelah tangan ke atas dan satu lagi diletakkan di perut pun menjadi ikutan Hasya. "Hiak! Hiak! Hiak..", itu jugak dah menjadi sebutan Hasya setiap hari. Inilah yang dikatakan pengaruh ultraman dan sepupunya yang kebanyakan lelaki.

Bila dikacau, Hasya akan marah, "sepak kan..tumbukkan..". Takpun, tanpa signal, terus diberi tumbukan padu dimuka kakak alynn yang selalu menjaganya. Satu perkembangan yang agak menakutkan, sebab dia adalah anak aku yang perempuan...

Sampaikan mengigau pun disebutnya ultraman. Nak beli mainan pun ultraman.. Semuanya ultraman.. Takutnya aku....Nasib baiklah gaya manja dia masih ada. Kalau tak, mau pengsan aku dibuatnya..

Wednesday, November 12, 2008

Makhluk yang dinamakan manusia

Sedar tak sedar kita sudah berada di penghujung tahun. Semakin hari, cabaran semakin bertambah dan agak mencabar. Yang merungsingkan bila kita berada dalam satu lingkungan yang agak terasing dari kebiasaan. Waktu inilah kita memerlukan masa untuk menyesuaikan diri. Cuma masa yang menentukan berapa lama kita memerlukannya untuk menerima perubahan baru tersebut.

Apa yang nyata, kita pasti akan merasa agak janggal dengan suasana yang berbeza dengan apa yang pernah kita lalui dahulu. Dan kadang-kadang, kita akan merasa pelik dengan manusia-manusia yang ada di persekitaran .

Hari ini bila kita berada dengan si polan, kita akan mendengar satu cerita. Esok, kita pasti akan mendengar satu lagi cerita yang sama tetapi dalam tempo yang berlainan. Dan lusa, irama cerita tersebut kedengaran makin sumbang.

Inikah yang dinamakan sebenar-benarnya manusia? Takut, risau, bimbang dan macam-macam lagi perasaan yang timbul di benak ini. Sampaikan pada satu ketika aku rela melarikan diri dari suasana yang membosankan. Aku rela jika dikatakan kera sumbang daripada mendengar input yang direka di dalam pelbagai versi yang mungkin boleh menimbulkan satu spekulasi baru jika terlebih layan.

Kesimpulannya, manusia adalah makhluk yang pelik. Yang menjatuhkan manusia adalah manusia itu sendiri...