Wednesday, June 11, 2008

5 JUN 2008


Ini juga merupakan tarikh keramat dalam hidupku. 5 Jun merupakan tarikh di mana aku telah melangsungkan perkahwinan dengan suamiku. Genap la 3 tahun kami berkahwin. Terima kasih hubby untuk segala-galanya...

Bila dah 3 tahun kawin dan anak pun dah 2 tahun, hubby dalam nada bergurau, "boleh la kita tambah lagi 1. Hasya nak baby boy kan?" Dan si kecik tu pun apa lagi, "baby pa?"

Buat masa sekarang, bukan aku tidak mahu mengandung lagi. Cuma rasa serik tu masih menguasai diri. Seolah-olah rasa sakit lepas bersalin masih lagi terasa. Aku lahirkan Hasya secara operation. Sebab masa tu jantung baby dah terlalu laju, DR risau berlaku sebarang kemungkinan. Masa di operate tak ada masalah, cuma lps operation la yg menyeksakan.

Aku ingat lagi, masa DR bg injection kat belakang, aku sedikit pun tak kata "Aduh", aku cuma berdiam diri, Sbb aku begitu pasrah masa tu. Sampaikan DR tanya, "awak tak rasa sakit ker?" Dan aku cuma senyum sebagai jawapan. Selepas semuanya selesai, aku dibawa ke wad. Mula2 tu ok jer, tp beberapa jam selepas itu, rasa sakit di bahagian yg di operate mula terasa. Mula2 cuma rasa sakit sikit jer, tapi lama kelamaan rasa macam dikelar-kelar mula menguasai diri. Sakit yang teramat sangat. Sampaikan semua ayat aku baca (sekurang-kurangnya dapat melupakan rasa sakit). Ada sorang nurse yang dtg ke katilku, aku mintak dia ubat tahan sakit. Tapi katanya, kena tunggu DR. Ya Allah...masa tu hanya tuhan saja yang tahu...

Paginya bila DR dtg aku tanya DR, kataku "DR kalau saya sakit, saya tak boleh mintak ubat penahan ker?". Katanya, "boleh, ckp dgn nurse." Adus.... Ptg, nurse dtg hantar ubat, dia bg aku ubat tahan sakit. Dia suruh makan, sebab katanya nanti aku nak kena bangun untuk mandi. Tapi aku tak makan pun, sbbnya, semalam aku dah rasa kesakitan yang teramat..dah kalih pun kata org Terengganu... Masa nak mandi tu, nasib baik la kakak ku seorg staffnurse (walaupun bukan di hospital yg sama, dia la yg uruskan aku..

Peliknya, makcikku yg bersalin operate langsung tak rasa sebagaimana yang aku tanggung, begitu juga dgn kakakku. Mungkin ini adalah ujian buat aku... Allah ingin menguji sejauh mana kesabaran ku...

Dan mungkin kesakitan2 inilah yang dialami oleh ibuku sewaktu melahirkanku dulu, walaupun mungkin rasa sakit itu berbeza. Dan inilah yg menginsafkan aku sbg seorg anak. Sejak itu, aku terlalu sensitif dgn hati seorg ibu... Penghargaan aku pada ibu semakin bertambah. Dan sayang aku padanya makin berganda-ganda..serta penghormatan pada ibu makin menggunung....

Walaupun begitu, bukan la aku langsung tak nak mengandung lagi. Cuma tidak dalam masa terdekat ini. Lagi pun kata sorang nurse tu, seelok-eloknya biarla jaraknya 3 tahun dulu. Insyaallah, ada rezeki nanti, Hasya dah 3 tahun aku pregnant lagi. Semoga apa yang aku rasai dulu takkan berulang lagi....

2 comments:

iza said...

tahniah hepi anniversary wish u smua yg baik2 smoga kekal ke anak cucu. emm.. act iza pun operate masa nak lahirkan a'isy. sebab uri kat bawah 15 hari dah di kasi mc tapi terawal 2 hari sebab dah bleeding. pada ari tu tanpa sempat fikir DR ckp standby berdebar tapi mcm kata yah pasrah buat la apa org nak buat. tapi alhamdulillah cuma lepas operate trus muntah dan badan kesejukan. dekat tempat kena operation tu adala rasa ngilu tp xde sakit sgt alhamdulillah. smua pengalaman tapi yg sedih mak ngan abah xde masih di tanah suci.

SofieSofika said...

iza, best pengalaman ni. Cepat ar citer dlm blog...