Saturday, December 26, 2009
Friday, December 25, 2009
Thursday, December 24, 2009
Bercuti..
Tuesday, November 24, 2009
Monday, October 19, 2009
Kata Lelaki..
Gambar hanyalah sekadar hiasan..
Ada lelaki mengatakan..jika seorang isteri memakai baju yang mahal2..maka si isteri itu tidak membantu suaminya.
(Dialog telah ditukar bahasakan agar ianya lebih lemak berkrim..)
Lelaki: Baju yang kau pakai mahal2. Isteri aku pakai baju yang murah-murah je. Sebab tu kau tak boleh bantu suami..
Untuk sahabat yang telah memberikan statement sedemikan, tahukah anda bahawasanya perempuan yang bekerja seperti aku ini pun ada citarasa dalam berpakaian. Tidak semestinya baju yang mahal bg anda menunjukkan aku seorang isteri yang mementingkan diri sendiri. Sebagai seorang isteri aku tidak tergamak nak membiarkan suamiku terkontang kanting seorang diri kesusahan. Selagi yang terdaya aku akan tetap membantu. Bagi lelaki di luar sana..usahlah menilai seseorang perempuan itu dari segi pemakaiannya.
Friday, October 16, 2009
Anak sapa la nih..
Thursday, October 15, 2009
Wednesday, October 14, 2009
Hasya & Wafiy
Tuesday, October 13, 2009
Monday, October 12, 2009
Sunday, September 13, 2009
Dah besar ank ibu..
Hasya : Ibu, esk tak yah bg pampers ya.
Ibu : Nape plak?
Hasya : M.su kata Hasya tak yah pakai pampers lg..
Tak sia-sia hantar Hasya kat nursery tu. Seawal umur 3 tahun, dia dah dilatih untuk tak memakai pampers. Kalo dulu selimut busuk dia mesti akan dibawa ke mana-mana, tapi sekarang tidak lagi.
Masa nak hantar Hasya kat nursery tadi, hujan rintik-rintik. Aku ambik la selimut dia tu untuk tutup kepala. Tengok aje selimut tu dia trs cakap, "ibu tak yah bawak imut la..". Kiranye ni satu perubahan yang baik la sejak Hasya dihantar ke situ. Dia pun macam berdikari sgt. Lps mkn dia pasti akan kutip sendiri nasi2 yang tumpah kat lantai. Bangganya ibu tgk nak ibu mcm tuh..

Saturday, September 12, 2009
Lamanyeee...
Lamanye tak update blog. Sejak dapat penyakit M ni nak menulis pun payah. Lagilah bulan puasa ni..mood raya plak muncul awl2 lg.. Aduh..lg la berganda2 malasnye..
Apepun..insyaallah aku cuba jugak selalu update lepas ni.
Apepun..insyaallah aku cuba jugak selalu update lepas ni.
Tuesday, June 2, 2009
Hasya di hari birthdaynye..
Monday, June 1, 2009
Alasan lagi...
Nenek: Adik, nape tak habis ayam tu?
Hasya: Adik nak makan ngan nasik jap agi..
Nenek: Ada aje jawapannye tuh..
Papa : Adik, tadi kata nak mkn ayam ngan nasik
Hasya: Jap ah pa, adik nak tengok citer ni dulu..
Itulah Hasya, penuh dengan alasan. Anyway..Selamat Hari Jadi yang ke-3 tahun buat anak ibu. Dah besar dah dia..

Sunday, May 31, 2009
Sunday, May 24, 2009
Chicken pox..demam..
Kesian ank aku..Hasya kena chicken pox. Sebelum kena tu, Hasya demam. Tp demam dia tak lah lama, sehari jer, pastu esoknya baik plak then lusanye demam plak. Last2 hari ke3 dah nampak merah-merah kat badan. Memang tak syak lagi..chicken pox dah menyerang. Lagipun sepupu Hasya yang baru 9 bln dah kena. Masa kat rumah mak ari tu, Hasya ni siap cium2, peluk2 lagi sepupunya. So, bila Hasya dah demam2 tu mmg aku dah jangka yang dia akan kena chicken pox. Tp alhamdulillah, kat muka dia ada 4-5 biji, kat tepi telinga skit, kat perut pun 4-5 biji..cuma kat kaki je byk skit. Tp bila dah naik tu dia dah tak demam..makanya..dia tetap aktif mcm selalu. Cuma mungkin dia rasa panas kut..sebab tiap kali nak tido dia mesti angkat baju then cari simen..baring kat situ. Comot jap anak aku tuh.
Bila anak dah macam tuh, aku terpaksa ambik cuti 3 hari & papa dia plak ambik 2 hari. This week nsb baik mak dah blk kg..leh tolong jaga.. ;).
Tapikan..dlm pada kami bercuti nak jaga si kecik tuh, last2 kami yang demam. Bergilir2 plak tuh. Mulanya papa yang demam..then aku plak.. Budak tuh relaks jer..tp we all yg melepek kat tilam..

Tuesday, April 28, 2009
Pencurikkkkk.....
Last 2 weeks aku kehilangan RM250.00. Lps hubby bg duit tu (hari selasa), aku trs masukkan dalam beg makeup yg aku simpan dalam laci. Dengan niat utk simpan sementara menanti hujung minggu. Tup-tup..hari minggu tu aku nak ambik la balik duit tu. Buka jer laci..tetiba jer aku tak jumpa duit tuh. Batang idung duit tuh pun aku x nampak. Merata tempat aku cari. Sampai sudah aku tak jumpa. Frustnyer aku..aku baru jer berangan nak beli kasut baru.. :( Apa lg kena bebel la ngan hubby, dia kata aku letak merata. Padahal aku memang ingt yang aku letak dalam laci tuh. Bila dah tak jumpa tuh, aku buat conclusion yg mungkin anak aku yang terambik & letak kat mana-mana (saja jer buat kesimpulan gitu..nak sedapkan hati) . Tapi masalahnyer, bila aku tanya si kecik tuh, dengan menunjukkan duit RM50.00, dia kenal tu duit.. Arggghhhh..mana la duit aku nih hilang. Hubby kata agaknya toyol kut. Tapi seingt cerita yang aku dengar kalo toyol dia takkan ambil semua duit yang ada, mesti ditinggalkan jugak sekeping.
Ok takper lah..dah hilang nak wat camner. So aku pun tutup la buku pasal tuh. Next weeknyer ari Rabu hubby kena pegi camping sampai selasa minggu depannye. Selasa plak aku kena pegi Pahang. So aku tido la kat rumah mak. Masa nak bertolak ke pahang tu aku tak sempat la jumpa hubby. Hari jumaat aku sampai kul 1 pg dr Pahang. Jumaat malam tu hubby cakap kat aku yang laptop dia hilang. Merata dia cari. Katanya dia letak laptop tu dalam almari. Sbb laptop tu mmg dia jarang guna. Aku suruh dia cari kat rumah mak aku esok. Dan esoknye plak aku kena pegi KL utk book fair.
Sesampai jer aku di KL hubby call kata mmg laptop tuh hilang, dia dah cr kat rmh mak & sekolah. Memang confirm takde. Dan yang tak sedapnye katanya PDA dia yang lama tu pun takder. We all agak yg ada pencuri msk. Bila hubby aku imbas balik..hari selasa yang dia balik rumah tuh, dia tengok pintu dapur tak kunci. Dia ingatkan aku yang lupa kunci. Check punya check rupa-rupanyer, grill dapur nampak jer bermangga..rupa-rupenyer tidak berkunci. Si penyamun tuh dah bukak mangga tuh then dia letak konon2nye berkunci. Apa lagi hubby aku pun buat la laporan polis.
Bila polis datang, katanya mangga yg kami pakai tuh memang senang bukak. Pintu dapur plak teori aku mengatakan yang si pencuri tu bukak jer tingkap yang bersebelahan pintu tuh, then masukkan tangan, pastu bukak la selak dalamnye. Sebab grill tingkap plak mmg boleh muat tangan orang. Tapi si pencuri ni pandai. Dia tak geledah pun rumah aku tuh. Cuma, hubby aku kata masa hari selasa tuh dia tengok laci kat bilik aku tuh sedikit terkopak. Bahagian baju anak aku plak sedikit berselerak. Tapi dia ingatkan yang si kecik tu punya kerja. Taklah disangka ada orang masuk.
Pastu, tetiba jer dalam flight ms nak balik dr KL tuh aku teringat la hphone lama aku yg dalam laci tuh. Sampai jer rumah..rupa-rupanyer bukan jer duit & laptop yang hilang..hphone & barang kemas aku yang taklah seberapa tuh pun turut hilang..Arggghhhh tentionnyer..
Padahal sebelum tuh, anak aku ada tengok cicin dia. Dia tanya, "apa tu ibu". Aku kata la cincin adik. Dia mintak nak pakai, tapi aku kata tak yah la, nanti hilang. Sekali..hilang buat selama-lamanya...Takper la..ini mungkin dugaan untuk lihat sejauh mana kesabaran kami.. ;) Sekali lagi ayat ni aku ciptakan untuk menyedapkan hati aku yang tengah sakit nih...
Wednesday, April 22, 2009
Book Fair
Hari ni hari pertama aku bekerja selepas seminggu outstation. Sepatutnya semalam dah start keje, tp oleh kerana kepenatan aku terpaksa la meng EL kan diri. Bercerita pasal book fair, rasanya tahun ni begitu meriah. Sambil-sambil buat selection untuk library, aku pun cilok2 la untuk anak aku punya. Dapat gak ah dalam 10 buah untuk dia. Semuanya buku cerita. Kisah nabi, dongeng semuanya aku beli. Tapi yang paling dia suka cerita Cinderella. Balik jer, soalan 1 yang ditanya, "mana buku adik."
Tapi part yang paling memenatkan, dah dua malam aku dipaksa membacakan buku-buku tu untuk dia. Kalo habis satu cerita si kecik tu terus tidur takpe la plak, ini tidak. Start kul 8 mlm aku dikerahkan untuk membaca, rehat jap jer untuk solat isyak. Pastu dipaksa lagi aku bacakan untuk dia. Kalo cerita cinderella dah banyak kali dia suruh aku ulang. Sampaikan aku terlelap. Kalo dah terlelap ingatkan dia biarlah aku tido, ini dimarahnya aku. Suruh aku bangun bacakan dia lagi. Semalam sampai pukul 12 aku terpaksa layan. 12 lebih baru dia tertido..
Mak aiiiii..apa plak la deraan yang aku dapat malam ni. Belum lagi aku keluarkan buku cerita 25 nabi. Habisla aku kali nih......

Sunday, April 12, 2009
Drive..
Aku ni baru jer dapat lesen sebulan yang lalu. So sekarang pegi kerja aku dah drive sendiri la. Jarak dari rumah ke tempat kerja takder la jauh sangat. Oleh kerana aku ni orang baru, drive pun mesti la slow & steady jer. Hari ke-3 aku dah mula berani bawak laju sikit. Hari Khamis ari tu aku kena duty kat branch. Alamak, takut la plak nak drive dalam bandar. Mesti la jem kan..
So Selasa malam aku pun suruh la hubby aku duk sebelah. Kiranya dia jd tester la. Aku pun drive la dari rumah ke tempat aku nak duty tu. Sekali lagi ditekankan..oleh kerana aku ni org baru.. so aku takleh la ada gangguan seperti murai.. Al-maklum la..nak concentrate drive . Kang tak pasal2 aku langgar divider plak..
Tapi oleh kerana aku ni bawak passenger seperti murai..maka driving aku malam tu sedikit terganggu. Ya ampun..anak aku yang murai tu..macam-macam dia soal. Ibu drive ker?, ibu adik nak duk kat depan.., ibu itu..ibu ini.. Aduh geramnyer..macam la papa dia takde kat sebelah. Sampaikan aku terlupa tukar gear masa nak perlahankan kete. Tak pasal2 tester kat sebelah marah aku. Adus...arghhhh..
Si kecik tu plak bila tgk aku kena marah, "papa marah ibu ker?". alamak..disusuli plak soalan2 lain yang mmg menyesakkan kepala otak aku yang tengah takut ngan tester kat sebelah ni. Aku pun apa lagi.. "Adik! boleh diam tak? Ibu tgh drive nih..mengganggu tau tak????
Sian dia..dah kena marah camtu pun blh lagi dia keluarkan soalan.."ibu marah adik ker?"..Oh tidakkkkk.....

Friday, April 10, 2009
Outstation
Dah lama tak kena keluar. So this month, aku telah ditugaskan untuk ke UMP bagi menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Pangkalan Data & Bengkel Myulis. Sehari lepas tu aku ditugaskan plak pergi Pesta Buku KL selama 3 hari 2 malam. Maknanyer, aku akan tinggalkan anak & hubby aku selama 6 hari. Aduh..lamanyer...Nanti aku balik dr outstation anak aku tu mesti buat2 merajuk ngan aku..Takper ah..demi tanggungjawab pada agama, negara & bangsa (perghh..mcm nak gi perang plak.. ;)..aku RELA..
Thursday, April 9, 2009
Jom baca..
Sejak bergelar ibu ni, aku rasa masa untuk membaca novel amatlah kurang. Kalau dulu, aku mmg suka baca novel. Sekejap jer dah boleh khatam. Tp lps ada anak mmg langsung tak dan dah. Mana tidaknya, baru jer capai buku yang nak dibaca, si kecik tu dah dtg menyibuk. Tp sejak dua menjak ni, aku nak hidupkan balik suasana membaca tu. Apalgi, aku pun pinjam la 2 buah novel kat library aku tuh.
Dugaan aku yang 1, baru jer bukak buku.."buku apa ni bu..?". Tp oleh kerana aku nak anak aku ni suka membaca aku tahan jer la sabar. Aku ajak la dia baca ngan aku walaupun aku tau buku tu mmg tak sesuai utk dia. We all baring la kat depan tv tuh..Baring jer aku aku pun bukak la helain 1. Baru jer aku bukak, si kecik ni pun rampas buku ngan aku. "Adik pegang bu.." Aduh..geramnyer..Takper..sabar jer la..Aku pun baca la citer tu kuat2 ngan intonasi nyer skali sambil jari dia yg kemetot tu aku tunjukkan kat bait2 perkataan pada buku tu.
Dugaan aku yg ke-2, mak ai..byk plak soalannyer. Baru jer tak sampai sehelai muka surat yang aku baca dah mcm2 soalan yang kuar. Sabar lagi..takpe2..tanya la nak..tanya..ibu tak marah..
Dugaan ke-3, yang nih aku dah tak leh tahan dah..ada ke patut dia suruh aku ke tepi. Dia nak baca sorang-sorang. Dia suruh aku amik buku lain. Takper..ibu blh sabar lagi. Aku pun bg la dia satu lg novel lain yg aku pinjam tuh. Dia tak nak. Dia suruh aku yang baca buku tuh. Adus...gggrrr.. "Dah lah...Hasya bacalah sorang-sorang..malas ibu layan..:
Tapi dengan adanyer iltizam yang kuat dalam diri aku nih..maka malamnyer aku pun sambung la balik baca novel tu. Masa tu agaknya mood anak aku ni baik. Dia dengar jer apa yang aku bacakan untuk dia. Bila aku dah penat, aku pun tutup la buku tuh. Katanya.."esok lagi ya bu.."..
Esoknya, balik jer dari nursery, dia terus masuk bilik cari buku2 dia. As usual la, dia parking la kat depan tv tu sambil baring then pegang pegang buku. Brok...brek..brok..brek..kecoh la kejap bunyinyer..konon2 membaca la tuh.. Tp satu haram pun aku tak leh tangkap apa yg dia sebut..
Conclusion: Untuk mewujudkan suasana budaya membaca di dalam rumah sesungguhnya memerlukan iltizam yang tinggi especially jika anda mempunyai anak seperti ini.

Thursday, April 2, 2009
Kerjaya Pustakawan
Aku cukup menyampah dengan persepsi masyarakat sekeliling yang seolah-olah memandang rendah pada kerjaya Pustakawan. Persepsi mereka mengatakan seorang Pustakawan kerjanya hanyalah mengangkat dan menyusun buku di shelf serta jaga kaunter. Aku boleh terima jika pandangan tersebut diperkatakan oleh makcik-makcik atau pakcik-pakcik yang tidak punya pendidikan yang tinggi. Tetapi, adalah amat memalukan jika ia diperkatakan oleh seorang pegawai yang berpengaruh yang sudah tentu mempunyai ijazah dalam bidangnya. Yang paling membuatkan hatiku terbakar apabila dia berkata "ooo..pustakawan. Senang la kerja awak ya. Susun buku. Lepas tu boleh baca buku banyak.. Keje itu jer la hari-hari..". Girls..what do you feel? Ikutkan hati aku, mau aku tumbuk orang tu.. Sedarkah mereka bahawa Pustakawan juga merupakan seorang pegawai profesional yang memerlukan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Maklumat untuk melayakkan kita mendapat title "Pustakawan"? Fikir-fikirkan lah...
Wednesday, April 1, 2009
PRODUK PLASTIK "SELAMAT" BEBASKAN TOKSIN
Menurut "akhbar Utusan Pengguna", bahan plastik beracun, Bisphenol a (BPA)- yang dikaitkan dengan banyak penyakit, seperti sindrom kurang daya tumpuan (di kalangan kanak-kanak), kegagalan tiroid, ketidaksuburan, kegemukan, kanser payudara dan prostat, penyakit jantung & diabetes- terdapat di dalam makanan dan minuman yang diambil setiap hari.
Penemuan terkini dari Amerika Syarikat menunjukkan bahan kimia ini boleh melarut resap ke dalam makanan daripada byk jenis bekas plastik yang dikatakan "selamat" seperti plastik yang selamat digunakan di dalam ketuhar gelombang mikro dan plastik lain, selain bekas plastik polikarbonat.
Di samping bekas penyimpanan makanan, banyak kajian beberapa tahun lalu juga mendapati botol susu bayi, botol air, dan makanan, tin bir dan minuman ringan melarut resap toksin ini.
"Semuanya dah tak selamat. Sebelum ni pinggan melamine, dan sekarang ada pulak penemuan terbaru ni. Kadang-kadang terfikir..agaknya dah takde benda yang selamat lagi kut kat dunia ni...sampaikan botol susu anak pun tak selamat jugak. Agak-agaknya bekas plastik yang jenama Tupperware tu selamat tak????"

Tuesday, March 31, 2009
Betul ke???
Monday, March 30, 2009
Hasya dan kegiatan hariannya..
Subscribe to:
Posts (Atom)