Hari ni hari pertama aku bekerja selepas seminggu outstation. Sepatutnya semalam dah start keje, tp oleh kerana kepenatan aku terpaksa la meng EL kan diri. Bercerita pasal book fair, rasanya tahun ni begitu meriah. Sambil-sambil buat selection untuk library, aku pun cilok2 la untuk anak aku punya. Dapat gak ah dalam 10 buah untuk dia. Semuanya buku cerita. Kisah nabi, dongeng semuanya aku beli. Tapi yang paling dia suka cerita Cinderella. Balik jer, soalan 1 yang ditanya, "mana buku adik."
Tapi part yang paling memenatkan, dah dua malam aku dipaksa membacakan buku-buku tu untuk dia. Kalo habis satu cerita si kecik tu terus tidur takpe la plak, ini tidak. Start kul 8 mlm aku dikerahkan untuk membaca, rehat jap jer untuk solat isyak. Pastu dipaksa lagi aku bacakan untuk dia. Kalo cerita cinderella dah banyak kali dia suruh aku ulang. Sampaikan aku terlelap. Kalo dah terlelap ingatkan dia biarlah aku tido, ini dimarahnya aku. Suruh aku bangun bacakan dia lagi. Semalam sampai pukul 12 aku terpaksa layan. 12 lebih baru dia tertido..
Mak aiiiii..apa plak la deraan yang aku dapat malam ni. Belum lagi aku keluarkan buku cerita 25 nabi. Habisla aku kali nih......
No comments:
Post a Comment