Thursday, April 2, 2009

Kerjaya Pustakawan


Bakal Pustakawan alaf baru..;)

Aku cukup menyampah dengan persepsi masyarakat sekeliling yang seolah-olah memandang rendah pada kerjaya Pustakawan. Persepsi mereka mengatakan seorang Pustakawan kerjanya hanyalah mengangkat dan menyusun buku di shelf serta jaga kaunter. Aku boleh terima jika pandangan tersebut diperkatakan oleh makcik-makcik atau pakcik-pakcik yang tidak punya pendidikan yang tinggi. Tetapi, adalah amat memalukan jika ia diperkatakan oleh seorang pegawai yang berpengaruh yang sudah tentu mempunyai ijazah dalam bidangnya. Yang paling membuatkan hatiku terbakar apabila dia berkata "ooo..pustakawan. Senang la kerja awak ya. Susun buku. Lepas tu boleh baca buku banyak.. Keje itu jer la hari-hari..". Girls..what do you feel? Ikutkan hati aku, mau aku tumbuk orang tu.. Sedarkah mereka bahawa Pustakawan juga merupakan seorang pegawai profesional yang memerlukan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Maklumat untuk melayakkan kita mendapat title "Pustakawan"? Fikir-fikirkan lah...

5 comments:

IdzaRis79 said...

aku sokong kau!!!

Cik Ram said...

Patutnya mung tubuk jer muka dia tuh!!!! Grrrrr....

Pak Yob said...

salam, persepsi sebegini memang sudah sebati dengan masyarakat kita...kini terpulang kepada kita untuk memperjuangkan dan memartabatkan kerjaya ini....kita bukan pustakawan yang hidup dalam "imaginasi" mereka...

komander said...

salam,
saya sokong pak yob..apa yg pak yob kata tu..betuii..
tapi sekarang..dunia mula mengubah perspsi kpd pustakawan..la ni pustakawan dilihat..TAU semua benda..

so kita kena menghargai pandangan org terhadap pustakawan..

tq

komander05@gmail.com

Jawatan Kosong said...

Apa JawatanKosongKerjaKosong.com tawarkan?

Terlalu banyak websites menyebarkan jawatan kosong, kerja kosong, jawatan kerajaan. Tetapi kebanyakkannya sudah lapuk dan tidak terkini. Ataupun anda terlambat untuk melihat iklan tersebut dan terlepas peluang.

Jangan sia siakan potensi diri anda untuk mendapatkan pekerjaan terbaik. Daftarkan diri anda dengan JawatanKosongKerjaKosong.com. Kami akan menghantar iklan kekosongan pekerjaan dengan segera kepada anda. Update secepat mungkin kepada anda.


Daftar Sekarang