Tuesday, April 28, 2009

Pencurikkkkk.....


Last 2 weeks aku kehilangan RM250.00. Lps hubby bg duit tu (hari selasa), aku trs masukkan dalam beg makeup yg aku simpan dalam laci. Dengan niat utk simpan sementara menanti hujung minggu. Tup-tup..hari minggu tu aku nak ambik la balik duit tu. Buka jer laci..tetiba jer aku tak jumpa duit tuh. Batang idung duit tuh pun aku x nampak. Merata tempat aku cari. Sampai sudah aku tak jumpa. Frustnyer aku..aku baru jer berangan nak beli kasut baru.. :( Apa lg kena bebel la ngan hubby, dia kata aku letak merata. Padahal aku memang ingt yang aku letak dalam laci tuh. Bila dah tak jumpa tuh, aku buat conclusion yg mungkin anak aku yang terambik & letak kat mana-mana (saja jer buat kesimpulan gitu..nak sedapkan hati) . Tapi masalahnyer, bila aku tanya si kecik tuh, dengan menunjukkan duit RM50.00, dia kenal tu duit.. Arggghhhh..mana la duit aku nih hilang. Hubby kata agaknya toyol kut. Tapi seingt cerita yang aku dengar kalo toyol dia takkan ambil semua duit yang ada, mesti ditinggalkan jugak sekeping.

Ok takper lah..dah hilang nak wat camner. So aku pun tutup la buku pasal tuh. Next weeknyer ari Rabu hubby kena pegi camping sampai selasa minggu depannye. Selasa plak aku kena pegi Pahang. So aku tido la kat rumah mak. Masa nak bertolak ke pahang tu aku tak sempat la jumpa hubby. Hari jumaat aku sampai kul 1 pg dr Pahang. Jumaat malam tu hubby cakap kat aku yang laptop dia hilang. Merata dia cari. Katanya dia letak laptop tu dalam almari. Sbb laptop tu mmg dia jarang guna. Aku suruh dia cari kat rumah mak aku esok. Dan esoknye plak aku kena pegi KL utk book fair.

Sesampai jer aku di KL hubby call kata mmg laptop tuh hilang, dia dah cr kat rmh mak & sekolah. Memang confirm takde. Dan yang tak sedapnye katanya PDA dia yang lama tu pun takder. We all agak yg ada pencuri msk. Bila hubby aku imbas balik..hari selasa yang dia balik rumah tuh, dia tengok pintu dapur tak kunci. Dia ingatkan aku yang lupa kunci. Check punya check rupa-rupanyer, grill dapur nampak jer bermangga..rupa-rupenyer tidak berkunci. Si penyamun tuh dah bukak mangga tuh then dia letak konon2nye berkunci. Apa lagi hubby aku pun buat la laporan polis.

Bila polis datang, katanya mangga yg kami pakai tuh memang senang bukak. Pintu dapur plak teori aku mengatakan yang si pencuri tu bukak jer tingkap yang bersebelahan pintu tuh, then masukkan tangan, pastu bukak la selak dalamnye. Sebab grill tingkap plak mmg boleh muat tangan orang. Tapi si pencuri ni pandai. Dia tak geledah pun rumah aku tuh. Cuma, hubby aku kata masa hari selasa tuh dia tengok laci kat bilik aku tuh sedikit terkopak. Bahagian baju anak aku plak sedikit berselerak. Tapi dia ingatkan yang si kecik tu punya kerja. Taklah disangka ada orang masuk.

Pastu, tetiba jer dalam flight ms nak balik dr KL tuh aku teringat la hphone lama aku yg dalam laci tuh. Sampai jer rumah..rupa-rupanyer bukan jer duit & laptop yang hilang..hphone & barang kemas aku yang taklah seberapa tuh pun turut hilang..Arggghhhh tentionnyer..

Padahal sebelum tuh, anak aku ada tengok cicin dia. Dia tanya, "apa tu ibu". Aku kata la cincin adik. Dia mintak nak pakai, tapi aku kata tak yah la, nanti hilang. Sekali..hilang buat selama-lamanya...Takper la..ini mungkin dugaan untuk lihat sejauh mana kesabaran kami.. ;) Sekali lagi ayat ni aku ciptakan untuk menyedapkan hati aku yang tengah sakit nih...

4 comments:

Anonymous said...

sian ko pia..
byk gak brg yg hilang kan?

*acik ader kol aku,tanya pasai kerja.
aku terdelete no dia.ko ada no hp dia?

SofieSofika said...

tulah..sian aku kan..
ni no acik, 012-2693331

yudana said...

act syukurla coz takde apa yg buruk berlaku. maklumla pencuri sekarang daring2 nyawa jadi pertaruhan. harta leh cari tapi nyawa xde galang ganti. nanti sru hubby beli baru yer..

alkisah said...

sedihnya citer..sabar2..