Wednesday, April 1, 2009

PRODUK PLASTIK "SELAMAT" BEBASKAN TOKSIN

"selamatkan sungai kita".. (gambar sekadar hiasan)
Menurut "akhbar Utusan Pengguna", bahan plastik beracun, Bisphenol a (BPA)- yang dikaitkan dengan banyak penyakit, seperti sindrom kurang daya tumpuan (di kalangan kanak-kanak), kegagalan tiroid, ketidaksuburan, kegemukan, kanser payudara dan prostat, penyakit jantung & diabetes- terdapat di dalam makanan dan minuman yang diambil setiap hari.

Penemuan terkini dari Amerika Syarikat menunjukkan bahan kimia ini boleh melarut resap ke dalam makanan daripada byk jenis bekas plastik yang dikatakan "selamat" seperti plastik yang selamat digunakan di dalam ketuhar gelombang mikro dan plastik lain, selain bekas plastik polikarbonat.

Di samping bekas penyimpanan makanan, banyak kajian beberapa tahun lalu juga mendapati botol susu bayi, botol air, dan makanan, tin bir dan minuman ringan melarut resap toksin ini.

"Semuanya dah tak selamat. Sebelum ni pinggan melamine, dan sekarang ada pulak penemuan terbaru ni. Kadang-kadang terfikir..agaknya dah takde benda yang selamat lagi kut kat dunia ni...sampaikan botol susu anak pun tak selamat jugak. Agak-agaknya bekas plastik yang jenama Tupperware tu selamat tak????"

2 comments:

awein said...

pia bekas tuyppurwera selamat digunakan...klu nk beli boleh pakai akak punya no ahli dapat diskaun nnt

SofieSofika said...

sib baik ada lg yg slamat. Bg ah no. nye. Nanti kalo nak beli senang skit.. ;)