Monday, March 2, 2009

Aku lupa la..

Mak ai..dah bulan 3 rupanya ya.. Dah lama aku tak update blog. Kalo dulu, aku sempat update blog time lunch hour. Tp lani..dah takde masa lagi. Sampaikan birthday mak aku 19 Feb baru2 ni aku lupa. Nasib baik kakak aku ingatkan..tp tupun malam. Dan-dan aku call mak. Yang bestnya, siap buat2 tanya lagi, aku orang keberapa wish. Mak aku cakap aku org ke-2. Mak ai..maknanya aku ni dikira taklah lambat sangat..hahaha

Tapi sian mak aku..akibat kesibukan kami adik beradik..semuanya lupa nak wish. Tapi bila kakak aku, k.mie tau yg dia orang 1 yg ucapkan..trs dia sms semua adik-beradik aku yg lain. Mak aku cakap..takper la..semua tgh sibuk tu.. Aduh..rs bersalahnya aku rasa. Dan aku bernasib baik lagi..sebab seblm aku blk keje aku dah beli keropok lekor untuk aku bawak pegi rumah mak aku kesokan harinya. Tu makanan kesukaan mak aku. Dan sekali lagi..utk mengcover kebersalahan hati aku (apa punya bahasa da..)..aku cakap kat mak aku ada belikan dia sesuatu yang dia suka. Dia tanya apa dia..aku suruh dia teka. Last skali aku pun cakap la, keropok.. Walaupun aku tak tengok rupa dia tapi aku tau betapa gembiranya dia bila aku belikan keropok kesukaan dia pada hari jadinya.

Itu lah mak aku..walaupun aku taklah hadiahkan dia yang mahal2..tp dengan keropok sahaja aku dah berjaya membuatkan dia rasa bahagia. Cuma..sebagai anak aku rasa bersalah yang teramat sangat.. Biasanya setiap tahun kami adik-beradik akan buat surprise party untuk dia..takpun kami pasti belikan dia hadiah. Tp tahun ni kami semua terlupa.. Takpe..untuk mengcover balik kealpaan kami tu, next week lepas kenduri kawin achu kita buat surprise ya..

2 comments:

daradah said...

mmm, pia skrg still work at kolej kt klang or dah transfer kt tganu?
1 lg nk ty, cmn nk dpt background yg ctik cam blog pia nih??

SofieSofika said...

tak dah,, sekrg kat trg dah..udm..
kalo nak background tu kak ida pi blog saya tgk ats skali sebelah kiri..klik jer..nanti k.ida leh pilih gambar camner nak