Friday, June 27, 2008

Balik Kampung..


Hari Rabu, 2 Julai nanti kami akan bertolak ke kampung halamanku. Di sana aku akan tinggal sementara dengan ibuku. Dan hubby pula akan pulang ke kampung 2 minggu sekali. Inilah yang merisaukan aku. Hasya manja dengan papa. Setiap kali papanya outstation, bila malam dia tengok papa dia belum balik soalan yang sama aku akan kena jawab, "papa ne bu?".. Bangun pagi pun soalan yang sama jugak dia akan tanya. Tp yang bestnye bila aku baru je nak menjawab, dia akan jawab dulu, "papa work".. :)

Berbalik kepada kampung, di sana Hasya akan dihantar ke nursery berhampiran rumah ibuku. Hari Khamis tu kami akan terus hantar Hasya ke sana. Macam-macam yang aku risaukan. Aku takut kalau Hasya menangis bila kami tinggalkan dia nanti, aku takut kalau Hasya tak dapat sesuaikan diri dengan keadaan, aku takut kalau papa dia dah balik Klang Hasya rindukan papa, dan mcm2 takut lagi yg ada dalam kepala aku ni...

Alamak..macam mana la aku dapat teruskan hari2 tanpa suami di sisi??? Walau macam manapun, life must go on.. bukan senang nak senang. Bak kata Cikgu Othman, hidup ini akan bermula dengan kesukaran dahulu dan kemudian barulah kesenangan boleh dikecapi. Barulah hidup ini bermakna...

Tuesday, June 17, 2008

Ayah..Masihku ingat...

Cerita kali ini masih lagi berkisar mengenai ayah. Sempena hari bapa ini, aku ingin mencoretkan kenanagn terakhirku bersama dengan arwah…

Ayah..
Aku masih ingat, ayah mula diserang stroke ketika aku berada di tahun akhir matrikulasi UiTM. Ketika itu, aku sedang menghadapi peperiksaan akhirku. Ibu tidak pernah berputus asa mengubati ayah. Sehinggalah ayah boleh berjalan semula walaupun terhinjut-hinjut dan dibantu dengan tongkat. Tidak mengapa, mungkin itu satu permulaan yang baik.

Ayah,
Aku masih ingat, selepas hari raya pada tahun 2004 doktor telah mengesan kandungan asid di dalam badan ayah terlalu tinggi. Sehinggakan pada bulan 12, ayah telah dimasukkan ke wad selama beberapa hari. Dan ayah juga telah dikesan mempunyai masalah pada buah pinggang. Bila mendapat khabar itu, aku segera balik ke kampung. Sesampai sahaja di perhentian bas, abang iparku telah menjemputku dan lantas aku terus dibawa ke hospital berjumpa ayah. Ayah..alangkah sedih aku melihat ayah tika itu. Tapi masa tu ayah masih mampu tersenyum untukku. Aku janji dengan ayah aku akan meluangkan masa dan menjaganya di hospital. 3 hari aku bersama dengan ayah di hospital. Dan pada hari ketiga ayah sudah meminta untuk keluar dari hospital. Kata ayah, ayah semakin sakit bila di sini. Doktor menyarankan agar ayah ditebuk di bahagian lehernya untuk tujuan rawatan penyakitnya. Tapi ayah tidak mahu. Dan akhirnya pada hari ke 4 ayah dibenarkan pulang dengan bersyarat. Aku tidak sampai hati meninggalkan ayah walaupun ayah telah dibenarkan pulang. Dalam perjalanan pulang ke rumah, berkali-kali ayah muntah disebabkan asid yang terlalu tinggi. Ayah kata ayah ok, itu cuma perkara biasa.. Aku tahu, ayah cuma ingin menyedapkan hati kami.

Ayah,
Masihku ingat, pelbagai makanan yang sepatutnya ayah dilarang makan..ayah tetap berdegil memakannya. Kami marah ayah. Tapi..bukan sebab kami tidak mahu menuruti kehendak ayah..bukan ayah..kami saying ayah..kami tidak mahu ayah sakit lagi.. Tapi ayah lebih pandai. Jika kami tidak boleh bagi ayah semua tu, ayah keluar dengan adik ayah, dan waktu itulah segala kemahuan ayah dituruti. Ayah..rupa-rupanya..selera ayah yang makin bertambah merupakan satu petanda buat kami. Cuma kami saja yang tidak menyedarinya..

Ayah,
Masihku ingat, pada cuti Hari Raya Cina, Februari 2005, aku pulang lagi ke kampung. Aku rindu padamu ayah. Masa tu ibu memberitahu yang selera makan ayah semakin berkurangan. Seperti biasa setiap kali aku pulang, ayah pasti mahukan aku yang memotong kukunya dan menyuapkan makanan. Aku ingat lagi ayah, pada malam itu, aku yang menemani mu tidur di bilik mu. Malam itu tiba-tiba aku rasa diperhatikan. Bila aku menoleh ke
arah mu di atas katil, ayah sedang duduk sambil menjuntaikan kaki ke bawah dan memerhatikan ku. Bila aku tanya, ayah kata ayah tidak boleh tidur. Ayah suruh aku sambung tidurku. Aku langsung tidak memikirkan kemungkinan-kemungkinan lain.


Ayah,
Masihku ingat, sebelum aku berangkat, ayah mahukan aku menyuapkan apam berkuah untuknya. Aku suapkan ayah dan ayah begitu berselera memakannya. Bila aku memberitahu ibu yang ayah begitu berselera, ibu kata mungkin sebab ayah dah lama tak makan apam berkuah. Sebelum aku pergi aku mencium tangan ayah. Dan paling menyedihkanku ayah menghantar pemergianku dengan pandangan yang sukar untuk aku tafsirkan.

Ayah,
Masihku ingat, suatu hari aku menelefon ibu bertanyakan khabarmu. Masa tu ramai yang datang ke rumah. Aku bimbang, aku tanya ibu, ayah sakit ke. Ibu kata ayah macam biasa. cuma mungkin saudara kita dah lama tak berjumpa dengan ayah. Keesokan harinya hari Isnin, aku baru sahaja selesai mesyuarat. Masuk sahaja library, mereka memberitahu yang kakakku menelefonku, ada hal penting katanya. Belum sempat aku menelefonnya semula, telefonku dah berdering. Dengan suara yang agak berlainan kakakku memberitahuku supaya pulang segera dan ayah berada di dalam keadaan tenat. Ya Allah…sedihnya hanya Tuhan yang tahu. Aku segera menelefon suamiku yang ketika itu adalah tunangku untuk menghantarku pulang ke kampung dengan segera. Sedang aku menunggunya di bawah tiba-tiba aku mendapat sms dari abang sepupuku yang mengatakan ayah telah tiada… 4.05 petang (21 Mac 2005, Isnin) ayah telah menghembuskan nafasnya yang terakhir..tanpa aku di sisi...

Ayah,
Patutlah masa di hospital ayah asyik melihat jari-jari ayah.Seolah-olah sedang menghitung sesuatu. Bilaku pandang perbuatan ayah, ayah seolah-olah memandang ke arah lain..
Patutlah pada malam aku menemani ayah, ayah mermerhatikanku. Bila aku bertanya, ayah kata ayah tak boleh tidur..
Dan patutlah pada hari tu ayah makan begitu berselera bila aku menyuapkan ayah..
Dan patutlah ayah menghantar pemergianku dengan pandangan yang berbeza..
Rupa-rupanya itulah kali terakhir kita berjumpa…
Dan rupa-rupanya itu jugalah kali terakhir aku menyuapkan ayah...

Ayah,
Aku amat menyayangimu. Kahilangan ayah amat menyedihkanku. Sehinggakan aku sering bermimpikanmu ayah. Dan sehingga kakakku risaukan tentang kesihatanku. Dan setiap kali aku melihat lelaki sebaya mu, aku seolah-olah melihat wajahmu. Tapikan ayah, anakmu ini pandai..aku tidak pernah menunjukkan rasa sedihku di hadapan kawan-kawanku di ofis. Setiap kali aku teringatkanmu, aku akan cepat-cepat berlari ke toilet..di sanalah aku akan melepaskan tangis rinduku..
Sehingga kini, masihku ingat satu persatu saat-saat terakhir aku bersamamu dan sehinggalah ayah dimasukkan ke liang lahad…

Ayah,
Doaku..moga ayah bahagia di sana..Amin.

Monday, June 16, 2008

Kenangan Hari Bapa...

Selamat hari bapa utk semua yang bergelar bapa…

Ayah, masih ku ingat sambutan hari bapa yang kami buat untuk ayah. Pada hari tu kami sepakat membeli pizza sebagai menu utama. Pintu dapur kami kunci untuk buat kejutan. Selepas semuanya siap, aku ditugaskan menjemput ayah di ruang tamu. Aku suruh ayah tutup mata. Aku pimpin tangan ayah sehingga ke dapur. Masih ku ingat, dengan terhinjut-hinjut ayah mengikuti aku ke dapur. Susah payah ayah berjalan, disebabkan lumpuh sebelah kanan akibat serangan stroke. Sampai di dapur kami semua sama-sama mengucapkan selamat hari bapa untuk ayah. Ayah gembira sesangat dengan kejutan tersebut. Namun itulah sambutan yang terakhir buat ayah. Tanggal 21 Mac 2006, ayah pergi mengadap ilahi dan meninggalkan kami dengan kenangan-kenangan indah untuk dikenang…

Thursday, June 12, 2008

MIND our ENGLISH...

Just to share with all of you. This article was taken from The Star, June 12, 2008.

It has to be "in" the sun
Question:
In my English exam recently, I came across this question:
She dries her clothes ___ the sun (in/under)
I chose "in" but it turned out that the teacher's answer was "under". I am quite confused
as I thought the common expression was "in the sun". For example, "don't play in the sun".
I find it strange to say "under the sun". Doesn't "under" mean directly below? As in "put your books under your desk?"

Answer:
You are quite right. The correct answer should be "in". If you are drying anything outside where it is sunny, you say you are drying it "in the sun".
"Under the sun" is an idiom, meaning "in the whole world". For example;
there is a newspaper article on the internet, reporting on last year's Turkish general election, whose headline says: Political parties promising everything under the sun.

Wednesday, June 11, 2008

5 JUN 2008


Ini juga merupakan tarikh keramat dalam hidupku. 5 Jun merupakan tarikh di mana aku telah melangsungkan perkahwinan dengan suamiku. Genap la 3 tahun kami berkahwin. Terima kasih hubby untuk segala-galanya...

Bila dah 3 tahun kawin dan anak pun dah 2 tahun, hubby dalam nada bergurau, "boleh la kita tambah lagi 1. Hasya nak baby boy kan?" Dan si kecik tu pun apa lagi, "baby pa?"

Buat masa sekarang, bukan aku tidak mahu mengandung lagi. Cuma rasa serik tu masih menguasai diri. Seolah-olah rasa sakit lepas bersalin masih lagi terasa. Aku lahirkan Hasya secara operation. Sebab masa tu jantung baby dah terlalu laju, DR risau berlaku sebarang kemungkinan. Masa di operate tak ada masalah, cuma lps operation la yg menyeksakan.

Aku ingat lagi, masa DR bg injection kat belakang, aku sedikit pun tak kata "Aduh", aku cuma berdiam diri, Sbb aku begitu pasrah masa tu. Sampaikan DR tanya, "awak tak rasa sakit ker?" Dan aku cuma senyum sebagai jawapan. Selepas semuanya selesai, aku dibawa ke wad. Mula2 tu ok jer, tp beberapa jam selepas itu, rasa sakit di bahagian yg di operate mula terasa. Mula2 cuma rasa sakit sikit jer, tapi lama kelamaan rasa macam dikelar-kelar mula menguasai diri. Sakit yang teramat sangat. Sampaikan semua ayat aku baca (sekurang-kurangnya dapat melupakan rasa sakit). Ada sorang nurse yang dtg ke katilku, aku mintak dia ubat tahan sakit. Tapi katanya, kena tunggu DR. Ya Allah...masa tu hanya tuhan saja yang tahu...

Paginya bila DR dtg aku tanya DR, kataku "DR kalau saya sakit, saya tak boleh mintak ubat penahan ker?". Katanya, "boleh, ckp dgn nurse." Adus.... Ptg, nurse dtg hantar ubat, dia bg aku ubat tahan sakit. Dia suruh makan, sebab katanya nanti aku nak kena bangun untuk mandi. Tapi aku tak makan pun, sbbnya, semalam aku dah rasa kesakitan yang teramat..dah kalih pun kata org Terengganu... Masa nak mandi tu, nasib baik la kakak ku seorg staffnurse (walaupun bukan di hospital yg sama, dia la yg uruskan aku..

Peliknya, makcikku yg bersalin operate langsung tak rasa sebagaimana yang aku tanggung, begitu juga dgn kakakku. Mungkin ini adalah ujian buat aku... Allah ingin menguji sejauh mana kesabaran ku...

Dan mungkin kesakitan2 inilah yang dialami oleh ibuku sewaktu melahirkanku dulu, walaupun mungkin rasa sakit itu berbeza. Dan inilah yg menginsafkan aku sbg seorg anak. Sejak itu, aku terlalu sensitif dgn hati seorg ibu... Penghargaan aku pada ibu semakin bertambah. Dan sayang aku padanya makin berganda-ganda..serta penghormatan pada ibu makin menggunung....

Walaupun begitu, bukan la aku langsung tak nak mengandung lagi. Cuma tidak dalam masa terdekat ini. Lagi pun kata sorang nurse tu, seelok-eloknya biarla jaraknya 3 tahun dulu. Insyaallah, ada rezeki nanti, Hasya dah 3 tahun aku pregnant lagi. Semoga apa yang aku rasai dulu takkan berulang lagi....

1 JUN 2008


Tarikh ni genap la si comelku berusia 2 tahun. Pejam celik-pejam celik, dah membesar rupanya anakku ini. Makin byk keletahnya. Hubby rajin ajar anak kami baca doa makan, bilang nombor dsbnya. Dan sekarang walaupun pelat Hasya dah boleh baca doa makan sendiri (walaupun ada la tertinggal sikit2). Hasya pun dah boleh bilang 1-10 walaupun selalu jer no 7 tertinggal. Seronok tengok perkembangan dia. Malahan, Hasya juga suka kalau diambil gambarnya. Mcm2 posing yg akan dibuat. Hari tu kami ada belikan handphone mainan untuknya. Dia siap suruh aku posing dan ajar aku untuk berposing, ambik gambar katanya...

Kalau pergi jalan dia la orang yang paling gembira. Masuk shopping complex dia akan menyanyi, kuat pulak tu. Sampaikan ada sorang customer tu buat syyyy.. kat dia (main2kan dia), tp dia buat selamba ajer. Sebab dia tau shopping complex orang tak kenal dia, tp kalau pergi rumah orang berkepit jer..takut orang ambil...Walaupun begitu, kalau disuruh bersalam dia cepat2 akan buat. 2 perangai yang berbeza...

Tapi bila tengok banyak masalah keruntuhan moral di kalangan remaja, rasa takut untuk menghadapi saat anakku membesar mula menguasai diri. Nauzubillah...

Tapi kata hubby, jangan risau. Kita pastikan anak kita membesar dengan penuh kasih sayang, didikan agama yang cukup dan perhatian yang sewajarnya. Semoga Hasya menjadi anak yang cemerlang di dunia dan akhirat....

Tuesday, June 10, 2008

BEZA ANTARA MARJERIN & MENTEGA

Tahukah anda apa bezanya marjerin & mentega. Seringkali pengguna akan
menggunakan sesuatu bahan tanpa melihat apakah bahan2 yg dicampurkan dsb. Utk
itu, di sini ada sedikit info berguna utk kengkawan semua. Semoga ia blh
dimanfaatkan...

(Dipetik dari Rense.com <http://rense. com/> )

Marjerin pada asalnya bahan yang dihasilkan bagi menggemukkan ayam belanda (turkey). Apabila ia menyebabkan kematian kepada haiwan terbabit, orang yang melabur wang mereka dalam kajian itu mahukan wang mereka semula lalu memerah otak untuk mencari jalan apa yang mahu dibuat dengan barangan tersebut bagi mendapat semula wang pelaburan mereka. Ianya adalah sebatian bahan berwarna putih yang tidak menyelerakan lalu mereka tambah pewarna kuning dan menjual kepada orang ramai sebagai ganti mentega. Suka tak? Mereka dengan liciknya telah menghasilkan marjerin dengan pelbagai perasa baru. TAHUKAH ANDA ...perbezaan antara marjerin dan mentega? Bacalah sehingga ke akhirnya.anda tentu tertarik! Kedua-duanya mempunyai jumlah kalori yang sama. Mentega sedikit tinggi kandungan lemak tepunya sebanyak 8 gram berbanding 5 gram pada marjerin. Dengan memakan marjerin boleh meningkatkan penyakit jantung pada wanita sebanyak 53% berbanding memakan jumlah sama mentega, menurut Kajian Perubatan Harvard yang terbaru. Memakan mentega meningkatkan penyerapan banyak nutrien lain dalam makanan. Mentega mempunyai banyak faedah nutrisi berbanding marjerin kerana ia adalah makanan tambah nilai! Mentega lebih enak berbanding marjerin dan ia boleh menaikkan rasa makanan lain. Mentega sudah pun wujud selama berabad-abad sedangkan marjerin terhasil kurang dari 100 tahun. Dan sekarang kita bercakap tentang marjerin. Ia sangat tinggi kandungan asid lemak Trans. Meningkatkan risiko penyakit jantung koronari sebanyak tiga kali ganda. Ia meningkatkan kolesterol total serta LDL (kolesterol berbahaya) dan menurunkan HDL (kolesterol bagus). Marjerin menaikkan risiko penyakit barah sebanyak lima kali ganda. Ia mengurangkan jumlah susu badan. Ia juga merendahkan respons pertahanan tubuh serta keberkesanan insulin semula jadi badan. Dan ini ialah fakta yang paling membimbangkan . INI IALAH BAHAGIAN YANG SANGAT MENARIK! Marjerin hanya kekurangan SATU MOLEKUL untuk menjadi PLASTIK. Fakta ini sahaja sudah cukup membuatkan saya mengelak dari memakan marjerin seumur hidup saya dan setiap barangan yang melalui proses hidrogenasi (ia bermakna hidrogen ditambah, mengubah struktur molekul bahan). Anda boleh cuba melakukan ujikaji ini: Belilah satu mangkuk marjerin dan tinggalkan ia dalam garaj mahupun tempat teduh. Dalam masa dua hari anda akan dapati dua perkara berikut: *tiada lalat yang menghurung, tidak juga lalat buah akan menghampirinya (ia sepatutnya memberitahu sesuatu kepada anda) *ianya tidak akan membusuk atau bertukar baunya kerana ia tiada nilai-nilai nutrisi; tidak akan ada apa yang tumbuh atasnya. Hatta satu mikroorganisma juga tidak akan membiak atasnya. Kenapa? Kerana ia sangat hampir kepada plastik. Mahukah anda meleburkan Tupperware dan menyapu ia ke atas roti anda?

Friday, June 6, 2008

TIPS CinTa SUaMi ISteRi...


Bg kengkawan yg dah berumahtangga, tips ni elok diamalkan..


* Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.


* Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.


* Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.


* Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.


* Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.


* Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.


* Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.


* Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari.


* Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada di sisi.


* Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.


* Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.


* Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.


* Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.


* Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.


* Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.


* Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.


* Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.


* Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.


* Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.

Wednesday, June 4, 2008

Hari-hari terakhir..


Aku akan resign dr HICT tak lama lagi. 30 Jun ni adalah hari terakhir aku di sini. Aku dah dapat tawaran daripada Universiti Darul Iman, Terengganu. Dan aku akan balaik menetap di sana. Sedih..yalah..dah 5 tahun aku di sini. Buruk ke baik ke HICT ni..ia adalah tempat kerja aku yang pertama lps grad dr UiTM. Dari seorang yang tak tau apa-apa, aku dilatih oleh seorang supervisor sehinggalah aku mampu berdiri sendiri. Segala pengalaman yg aku dapat adalah bermula di HICT. Terima kasih.. Yang pasti aku akan merindui korang..

Lps cuti...

Hari ni aku baru start keje lepas bercuti beberapa hari. Bila dah cuti lama-lama rasa malas plak nak kerja, tp yg tak bestnya bila dah lama cuti ni byk plak kerja kat atas meja ni. Buku yang baru sampai dah meninggi, sampai tak nampak muka aku dah..Apa-apa pun aku kena siapkan semua kerja seblm 30 jun ni. Kalo tak kesian la sapa-sapa yang take over kerja aku kat sini..