Sunday, February 21, 2010

Update..

Dah lama tak update citer. Malas+penat dan macam2 perasaan lagi menyebabkan blog ni bersawang :). Pregnant kali ni agak berbeza dengan yang sebelumnya. Betul la kata org, lain anak lain la rasanya. Kali ini kesihatan aku agak kureng sedikit. Dengan HB nya rendah..sakit belakang dan tulung bontot bermula bila kandungan masuk 4 bulan. Mula la nak bangun sakit.. Mungkin disebabkan masa kandungan aku 3 bulan, aku terjatuh..dah la mcam tu lambat pulak pegi urut.. Akibatnya sampai sekarang la (33 minggu) sana sakit, sini sakit. Tak aktif mcm mengandungkan yang 1 dulu.

Baru-baru ni pulak aku ditahan di wad selama 3 hari 2 malam. Aduh..siannya Hasya. Sampaikan dia merayu kat kakak sepupunya nak masuk tengok ibu kat hospital. Katanya, "kakak, Hasya nak masuk kejap je, Hasya nak peluk ibu, nak cium ibu..pastu Hasya balik la..". Kesiannya ank ibu. Aku suruh hubby duduk je kat rumah mak, sbb kalo balik rumah kami Hasya mesti merengek. Sampaikan papa kena pujuk Hasya, belikan coklat, belikan KFC..tp lepas tu dia tanya ibu semula..pening papa.

Esoknya papa bawak Hasya tidur rumah mak. Kat sana sepupu2 Hasya ramai. So, takla Hasya asyik ingatkan aku je. Tp kata mak..memang la masa kat sana Hasya langsung tak tanya aku, tapi time makan Hasya makan sikit je, susu pun asyik tak habis je. Kata mak..mungkin dia rindukan aku.

Ibu pun rindukan Hasya sesangt. Walau pun cuma 3 hari 2 malam kena tahan, tapi rasanya mcm sebulan je. Seriknye rasa. Dah la aku kena 4 injection untuk matangkan paru-paru baby..sakitnya hanya Allah saja yang tau..

Keluar je hospital, mak suruh aku sambung MC sampai seminggu, sampaila lps CNY baru keje balik. Dah macam orang dalam pantang rasanya. Jalan pun perlahan..takut punya pasal, satu keje pun mak tak bagi buat. Tapi pening kepala tetap tak hilang. Hari-hari makan hati lembu..muak plak rasanye. Balik dari hospital dah pukul 7 mlm. Mmg Hasya betul-betul rindukan aku, sampai je aku kat rumah aku tanya dia nak mkn ke tak..laju je ckp nak. Aku suapkan dia, siap tambah nasi lagi..siannya ank ibu..

Bila dah start keje, aku dah tak mcm dulu lagi. Aku dah makin berhati-hati. Kalo dulu siap langkah longkang lagi..tp sekrg tak lagi.. Bos aku pun siap suh aku berhati-hati, dia dah tak bg aku byk naik tangga turun tangga. Oleh kerana ofis aku kat atas, maka aku terpaksa la jugak panjat tangga tuh. Tapi aku naik dlm keadaan yang bersopan santun la..kalo dulu main terjah je.. Sib baik gak ada bos yang memahami..

Aku dijangka bersalin 10 April ni. Kengkwn doakan aku selamat ya..Cukup la masuk spital sbb nak bersalin je..tak mau lagi dah sebab2 lain..Aku serik dahhhhhhhhh..

5 comments:

Lela said...

salam ziarah..
seronokkan bile bercerita pasal anak2 yg thh membesar..
sudila jengok blog saye lak..
http://fifisara.blogspot.com

Lela said...

salam ziarah

Unknown said...

salam. cian hasya~ tp cian lagi ibu die. so, it's April 14th dah. dh delivery ? boy or girl ? t kasitau ea. nak tau gak ! msti comell !! :)
btw, 1st time tgok blog ni, tringat blog sy dulu background sebijik. huhu. ok, TC always~

be a positive thinker!!! said...

nice blog... :)

-----------------]

http://yusri-outsider.blogspot.com
http://www.fk-unhas.co.cc

SofieSofika said...

tima ksih semua coz sudi jengah..sy dah slmt deliver 4 april yg lalu..alhamdulillah..dpt gak boy..