Tuesday, September 23, 2008

Indahnya kenangan..

Tinggal 7 hari sahaja lagi untuk kita menyambut syawal. Di akhir ramadhan inilah yang mengingatkan aku pada arwah ayah. Masih segar di benak ini, bagaimana ayah dengan riangnya menyiapkan pelita raya. Sambil ditemani oleh cucu-cucunya, ayah memasukkan minyak ke dalam pelita-pelita yang akan digantung. Kebiasaannya, sebelum malam 7 liko ayah dah siapkan semuanya. Dan selepas solat maghrib, ayah akan menemani kami memasang pelita.

Tapi kini, setelah ayah tiada, ibu yang mengambil alih tugas ayah menyiapkan pelita-pelita untuk cucu-cucunya. Tapi, pelita-pelita itu hanyalah setakat digantung sahaja tanpa dinyalakan. Bila malam 7 liko, ayah pasti menemani kami bermain bunga api. Keriangan bulan ramadhan seolah-olah terkubur tanpa ayah di sisi.

Dulu..setiap kali lepas kerja, ayah suka bawa kami jalan-jalan. Pergi pasar ramadhan adalah rutin kami walaupun selalunya kami hanya membeli air sahaja. Kata ayah, supaya kami tidak terlalu lama menunggu waktu berbuka.

Ayah..sesungguhnya kami terlalu rindukan ayah.

Monday, September 15, 2008


Wahai SUAMI renungkanlah: Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah Tidaklah setaqwa Aisyah Tidaklah setabah Fatimah Justeru, Isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi solehah.. Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama Isteri menjadi tanah, kamu langit penaungnya Isteri ladang tanaman, kamu pemagarnya Isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya Isteri adalah murid, kamu mursyidnya Isteri bagaikan anak kecil, kamu tempat bermanjanya Saat isteri menjadi madu, kamu teguklah sepuasnya Setika isteri menjadi racun, kamulah penawar bisanya Seandai isteri tulang yang bengkok, berhatilah meluruskannya Pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita, perlunya iman dan taqwa Untuk belajar meniti sabar dan redho ALLAH s.w.t kerana Memiliki isteri yang tak sehebat mana… Justeru Kamu akan tersentak dari alpa Kamu bukanlah Rasulullah s.a.w Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah Cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi SOLEH. Wahai ISTERI pula renungkanlah: Pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad s.a.w. Tidaklah setaqwa Ibrahim Tidak setabah Ayyub Tidak segagah Musa Apalagi setampan Yusuf Justeru Suamimu hanyalah lelaki akhir zaman yang punya cita-cita membangun keturunan yang soleh Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama Suami menjadi pelindung, kamu penghuninya Suami nakhoda kapal, kamu pengemudinya Suami bagaikan pelakon yang nakal, kamu adalah penonton kenakalannya Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya Setika suami menjadi bisa, kamulah penawar ubatnya Seandainya suami bengis lagi lancang, sabarlah memperingatkannya Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa Untuk belajar meniti sabar dan redho ALLAH s.w.t. kerana Memiliki suami yang tak segagah mana… Justeru Kamu akan tersentak dari alpa Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna di dalam menjaga Bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi SOLEHAH Justeru itu wahai SUAMI dan ISTERI
Jangan menuntut terlalu tinggi
Seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya SUAMI dan ISTERI ingatlah: Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah Andai diri tidak semulia Rasulullah Tidak perlu isteri secantik Balqis Andai diri tidak sehebat Sulaiman Mengapa mengharapkan suami setampan Yusuf Seandai kasih tak setulus Zulaikha Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim Andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah. Aku hanya mengharap yang terbaik dalam hidup ku.. seorang suami yang mampu membimbing aku ke arah jalan Ilahi seorang isteri yang sudi menemani aku ke arah jalan Ilahi yang sebenarnya...aku hanya ingin kebahagian yang diredhai ada rasa kasih dan sayang yg bertaut di hati, ada anak2 soleh buat bekal doa di akhirat.. aku hanya ingin jadi yang terbaik untuk diriku, keluargaku & agamaku... aku hanya perlukan seorang suami yang soleh buat penunjuk jalan di hari depanku... aku hanya perlukan seorang isteri yang solehah buat menemaniku di sepanjang perjalanan hidupku… Dan aku perlu rahmat & redha Ilahi sebagai bekalan hidupku menuju bahagia selamanya dunia & akhirat.. Ya Rabbi...perkenankan doaku…

Tuesday, September 9, 2008

Ramadhan..

Masa berlalu begitu cepat. Tanpa kita sedari, kita dah pun berada di bulan ramadhan. Kali ini, aku berpuasa berasingan dengan hubby. Kesian dia, berbuka tanpa kami di sisi. Makan apa yang ada.. Tapi aku di kampung..seronok. Seronok menikmati juadah berbuka. Apa tidaknya..mak aku setiap hari masak lauk yang sedap...pari bakar + kuah asam, gulai ikan patin, ayam kampung msk pedas, etc..nyum-nyum..

Hasya pulak, mungkin ini satu pendedahan yang baik untuk dia. Yalah, setiap kali waktu berbuka, kami akan menunggu di meja makan. Bila azan berbunyi, anak-anak saudara ku akan bergilir-gilir setiap hari untuk membaca doa berbuka. Setiap kali abang sepupunya menadah tangan, dia pun cepat2 berbuat sama dan turut mengaminkan doa.

Bila time solat maghrib Hasya pun akan sibuk sama mengambil sejadah. Dia pun turut sama bersembahyang bersama kami. Tapi yang dibacanya doa makan.. Bolehlah.. Silap-silap haribulan sejadah kakak Alynn yang tengah solat pun dikebasnya.. :)