Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Tuesday, June 10, 2008

BEZA ANTARA MARJERIN & MENTEGA

Tahukah anda apa bezanya marjerin & mentega. Seringkali pengguna akan
menggunakan sesuatu bahan tanpa melihat apakah bahan2 yg dicampurkan dsb. Utk
itu, di sini ada sedikit info berguna utk kengkawan semua. Semoga ia blh
dimanfaatkan...

(Dipetik dari Rense.com <http://rense. com/> )

Marjerin pada asalnya bahan yang dihasilkan bagi menggemukkan ayam belanda (turkey). Apabila ia menyebabkan kematian kepada haiwan terbabit, orang yang melabur wang mereka dalam kajian itu mahukan wang mereka semula lalu memerah otak untuk mencari jalan apa yang mahu dibuat dengan barangan tersebut bagi mendapat semula wang pelaburan mereka. Ianya adalah sebatian bahan berwarna putih yang tidak menyelerakan lalu mereka tambah pewarna kuning dan menjual kepada orang ramai sebagai ganti mentega. Suka tak? Mereka dengan liciknya telah menghasilkan marjerin dengan pelbagai perasa baru. TAHUKAH ANDA ...perbezaan antara marjerin dan mentega? Bacalah sehingga ke akhirnya.anda tentu tertarik! Kedua-duanya mempunyai jumlah kalori yang sama. Mentega sedikit tinggi kandungan lemak tepunya sebanyak 8 gram berbanding 5 gram pada marjerin. Dengan memakan marjerin boleh meningkatkan penyakit jantung pada wanita sebanyak 53% berbanding memakan jumlah sama mentega, menurut Kajian Perubatan Harvard yang terbaru. Memakan mentega meningkatkan penyerapan banyak nutrien lain dalam makanan. Mentega mempunyai banyak faedah nutrisi berbanding marjerin kerana ia adalah makanan tambah nilai! Mentega lebih enak berbanding marjerin dan ia boleh menaikkan rasa makanan lain. Mentega sudah pun wujud selama berabad-abad sedangkan marjerin terhasil kurang dari 100 tahun. Dan sekarang kita bercakap tentang marjerin. Ia sangat tinggi kandungan asid lemak Trans. Meningkatkan risiko penyakit jantung koronari sebanyak tiga kali ganda. Ia meningkatkan kolesterol total serta LDL (kolesterol berbahaya) dan menurunkan HDL (kolesterol bagus). Marjerin menaikkan risiko penyakit barah sebanyak lima kali ganda. Ia mengurangkan jumlah susu badan. Ia juga merendahkan respons pertahanan tubuh serta keberkesanan insulin semula jadi badan. Dan ini ialah fakta yang paling membimbangkan . INI IALAH BAHAGIAN YANG SANGAT MENARIK! Marjerin hanya kekurangan SATU MOLEKUL untuk menjadi PLASTIK. Fakta ini sahaja sudah cukup membuatkan saya mengelak dari memakan marjerin seumur hidup saya dan setiap barangan yang melalui proses hidrogenasi (ia bermakna hidrogen ditambah, mengubah struktur molekul bahan). Anda boleh cuba melakukan ujikaji ini: Belilah satu mangkuk marjerin dan tinggalkan ia dalam garaj mahupun tempat teduh. Dalam masa dua hari anda akan dapati dua perkara berikut: *tiada lalat yang menghurung, tidak juga lalat buah akan menghampirinya (ia sepatutnya memberitahu sesuatu kepada anda) *ianya tidak akan membusuk atau bertukar baunya kerana ia tiada nilai-nilai nutrisi; tidak akan ada apa yang tumbuh atasnya. Hatta satu mikroorganisma juga tidak akan membiak atasnya. Kenapa? Kerana ia sangat hampir kepada plastik. Mahukah anda meleburkan Tupperware dan menyapu ia ke atas roti anda?

Friday, June 6, 2008

TIPS CinTa SUaMi ISteRi...


Bg kengkawan yg dah berumahtangga, tips ni elok diamalkan..


* Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.


* Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.


* Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.


* Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.


* Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.


* Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.


* Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.


* Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari.


* Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada di sisi.


* Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.


* Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.


* Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.


* Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.


* Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.


* Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.


* Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.


* Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.


* Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.


* Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.

Saturday, May 24, 2008

Renungan..


Wanita dan Harta Dalam Islam
(Siti Fatimah binti Abdul RahmanFellow Kanan, Pusat Ekonomi dan Kajian Sosial04/08/2006 ) Utusan Malaysia

Kes 1: "Saya bekerja dan mempunyai pendapatan sendiri. Tetapi suami terlalu mengongkong saya tentang bagaimana saya membelanjakan pendapatan saya itu sehingga saya tidak dibenarkan untuk memberi wang kepada ibu dan bapa saya. Akibatnya saya terpaksa sorok-sorok memberikan wang itu kepada mereka. Macam mana, ya Ustazah?"
Kes2: "Puas hati dapat beli kasut tu. Harganya pun berpatutan sempena jualan murah ni. Saya dah lama tak beli kasut. Tapi kasut baru ni kena simpan di ofis dulu. Kalau tahu dek ‘cik abang' mesti dia marah, ni!"
Kedua-dua kes ini adalah kisah benar yang pernah ditemui oleh penulis sendiri. Ia menunjukkan betapa pendapatan yang diperolehi oleh wanita hasil dari titik peluh mereka sendiri tidak lagi menjadi milik mutlak mereka. Sebaliknya, ada orang lain - suami-suami yang keliru - yang menentukan apa yang patut dan tidak patut mereka lakukan dengan wang tersebut. Sedangkan dalam Islam, wang dan harta wanita adalah hak mutlak mereka dan mereka bebas membuat keputusan mengenainya.
Kedua-dua kes yang penulis temui ini tentunya bukanlah kes yang terpencil. Ramai wanita yang menghadapinya cuma sama ada mereka mahu mengakuinya ataupun tidak.
Mengapa ini berlaku? Dari pemerhatian penulis ini berlaku akibat pendekatan sesetengah pihak yang bila membincangkan tentang hak wanita terhadap harta, perbincangan yang menyeluruh tidak dilakukan. Sebaliknya, perbincangan menjurus kepada dua perkara sahaja. Pertama, wanita perlu menjaga harta suami dengan sebaik-baiknya. Kedua, hak wanita dalam harta pusaka yang jumlahnya lebih kecil dari apa yang diperuntukkan untuk lelaki.
Kedua-dua perkara ini memang penting untuk wanita ketahui. Namun, ada perkara lain yang juga penting tetapi jarang dibincangkan. Misalnya, wanita boleh berusaha untuk mengumpul harta tanpa berharap kepada pusaka semata-mata. Wanita juga boleh memperbanyakkan harta mereka dengan mengusahakannya atau mengupah orang lain mengusahakannya. Termasuklah ajaran Islam bahawa pendapatan dan harta wanita adalah hak mutlak mereka dan tiada siapa yang boleh memaksa mereka melakukan apa-apa terhadap harta tersebut sekiranya mereka tidak mahu. Malah, Islam juga mengajar bahawa suami tidak boleh menggunakan wang isteri tanpa izin dan sekiranya suami meminjam wang isteri, dia wajib membayarnya.
Malah, dalam Islam, salah satu sumber harta untuk wanita ialah mas kahwin. Malangnya, harga mas kahwin wanita di Malaysia amat rendah melainkan Perak (RM110). Harta apakah yang boleh dibeli oleh wanita dengan bayaran mas kahwin itu sekiranya di hari ini segram emas berharga RM83? Apabila ada cadangan untuk menaikkan harga mas kahwin, ramai yang melenting kerana kononnya menyukarkan perkahwinan. Tetapi hakikatnya, banyak benda lain yang kita lakukan untuk membuatkan perkahwinan itu semakin sukar seperti jumlah wang hantaran yang mencapai RM5 ribu ke atas dan jumlah dulang bagi barang-barang hadiah. Tetapi, untuk menaikkan harga mas kahwin demi kebajikan dan masa depan wanita, tidak ramai yang mahu melakukannya!
Kurangnya penekanan terhadap kepentingan wanita memiliki dan mengumpul harta ini telah menjejaskan kehidupan wanita apabila mereka bergelar ibu tunggal akibat perceraian atau kematian suami. Diakui di seluruh dunia bahawa taraf hidup wanita menurun apabila berlaku kedua-dua keadaan ini. Andai sahaja penekanan diberikan kepada betapa pentingnya untuk wanita memiliki dan mengumpul harta, pastinya kesukaran-kesukaran hidup ketika bergelar ibu tunggal dapat dikurangkan.
Untuk memberi kefahaman yang lebih jelas tentang hak-hak wanita terhadap harta dalam Islam, Jabatan Pembangunan Wanita, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan bekerjasama dengan IKIM untuk menganjurkan Seminar "Pembelaan Hak Wanita Melalui Kefahaman Mengenai Harta Dalam Islam" pada 8 - 9 Ogos ini. Selain itu, seminar ini juga akan menyentuh tentang pelaburan masa depan, undang-undang berkait dengan harta, pengurusan harta agar dapat dimanfaatkan oleh waris dan kemahiran pengurusan kewangan peribadi. Semoga maklumat-maklumat ini dapat dimanfaatkan oleh wanita demi kejahteraan mereka di dunia dan akhirat.