Tuesday, January 6, 2009

Wanita..

Kenapa ya..wanita sering menjdi mangsa. Teringat aku pada cerita kakakku mengenai patient nya (tp kakakku itu bukan Dr ya.. ;).. staffnurse jer..). Pesakit dia ni telah disahkan mempunyai HIV. Masa tu dia sedang mengandung. Bila dapat tau sahaja dia HIV positif, dia bawa 3 orang lagi anaknya untuk check darah. Hasilnya 2 orang anaknya turut mengalami benda yang sama. Hanya suaminya sahaja yang tidak mahu buat ujian HIV. Menurut wanita malang ini, suaminya seorang nelayan. Ambik dadah plak tu. Sah-sah la tukar jarum ngan kengkawan. Tu dapat penyakit tu. Pastu sebar plak kat isteri, anak plak jadi mangsa. Baby baru lahir, si suami plak meninggal tetiba. Tinggalla wanita tu dengan anak2. Yang sedihnya, setiap kali datang klinik dia akan menangis. Sedih, malu, tertekan dsbnya. Kakak aku kata kat tangan wanita tu dah ada macam ruam2 la. Agaknya kekuatan badan dia lemah, sbb tu penyakit dia cepat merebak. Mak ayah di kampung belum tahu katanya, sbb dia belum ada kekuatan nak bagi tahu. Sekarang dia dah balik kampung, tinggal dengan mak bapak dia. Macam manalah dia lalui semua tu... Sedih sangat bila dengar kakak aku citer. Sebenarnya citer dia panjang lagi, tapi ni kira sinopsis la.. Sekadar untuk berkongsi citer saja dengan korang..

2 comments:

Ieda J said...

To whom we should point up the finger?? That the price we should pay for life... Kasihan wanita itu...Lelaki yg sepatutnya jadi pelindung...Telah jadi PEMUSNAH HIDUP...
Nice knowing u through ur blog...

SofieSofika said...

Kita pun slalu gak lawat blog awk..
Slamat berkenalan...