Sedar tak sedar kita sudah berada di penghujung tahun. Semakin hari, cabaran semakin bertambah dan agak mencabar. Yang merungsingkan bila kita berada dalam satu lingkungan yang agak terasing dari kebiasaan. Waktu inilah kita memerlukan masa untuk menyesuaikan diri. Cuma masa yang menentukan berapa lama kita memerlukannya untuk menerima perubahan baru tersebut.
Apa yang nyata, kita pasti akan merasa agak janggal dengan suasana yang berbeza dengan apa yang pernah kita lalui dahulu. Dan kadang-kadang, kita akan merasa pelik dengan manusia-manusia yang ada di persekitaran .
Hari ini bila kita berada dengan si polan, kita akan mendengar satu cerita. Esok, kita pasti akan mendengar satu lagi cerita yang sama tetapi dalam tempo yang berlainan. Dan lusa, irama cerita tersebut kedengaran makin sumbang.
Inikah yang dinamakan sebenar-benarnya manusia? Takut, risau, bimbang dan macam-macam lagi perasaan yang timbul di benak ini. Sampaikan pada satu ketika aku rela melarikan diri dari suasana yang membosankan. Aku rela jika dikatakan kera sumbang daripada mendengar input yang direka di dalam pelbagai versi yang mungkin boleh menimbulkan satu spekulasi baru jika terlebih layan.
Kesimpulannya, manusia adalah makhluk yang pelik. Yang menjatuhkan manusia adalah manusia itu sendiri...
No comments:
Post a Comment