Semalam hari pertama aku di tempat kerja baru. Alhamdulillah, semua pekerja kat sini ok. Senior2 yg lain pun willing to help. Cuma kat sini banyak benda yang perlu aku pelajari. Serial and database department adalah sesuatu yang baru bg aku. Tapi tak pe..itu semua cabaran untuk aku dan satu pendedahan baru yang menarik. Hari pertama kerja aku dah ditugaskan ke UPM Serdang pada 16 Julai ni. Adus..peningnya.. Risau plak anak aku tu. Yalah, dia baru nak biasakan diri dengan orang-orang di kampung, tup2 ibu plak kena tinggalkan dia walaupun sehari..takper la..sekurang-kurangnya dia akan jd lebih berani.
Hari pertama Hasya di nursery, alhamdulilah. Masa hantar dia cuma menangis sekejap sahaja. Lepas aku tinggalkan dia dan lepas disogokkan dengan mainan yang banyak, dia terus diam. Cuma kata pengasuhnya dia tak pandai untuk berkongsi mainan. Yang lebih parah lagi, dia suka bergaduh dengan sepupunya yang umur 4 tahun. Hasya ni garang, pantang kakak sepupunya acah2 kan dia, mesti dia akan buat muka geram. Itu takper lagi, ada tu dia siap pukul kakaknya.
Aduh..tertekannya...
2 comments:
pegi serdang ke kak oii... balik gak selangor yea..ingatkan taknak jejak lagi selangor.... maklum dah balik hometown katakan....kat sini pun lupa la...hahahahaha
sudah la ko..akak tengah tertekan ni.. :)
Post a Comment