Tuesday, June 2, 2009

Hasya di hari birthdaynye..

Selepas balik dari KFC sambut birthday Hasya, 1 jun ari tuh. Ni lah aksi2 dia. Suke tul berposing, tak yah ajar..mana lah dia belajar ni semua????












Hasya tengah bukak hadiah..

Monday, June 1, 2009

Alasan lagi...

Nenek: Adik, nape tak habis ayam tu?
Hasya: Adik nak makan ngan nasik jap agi..
Nenek: Ada aje jawapannye tuh..

Papa : Adik, tadi kata nak mkn ayam ngan nasik
Hasya: Jap ah pa, adik nak tengok citer ni dulu..

Itulah Hasya, penuh dengan alasan. Anyway..Selamat Hari Jadi yang ke-3 tahun buat anak ibu. Dah besar dah dia..

Sunday, May 24, 2009

Chicken pox..demam..

Kesian ank aku..Hasya kena chicken pox. Sebelum kena tu, Hasya demam. Tp demam dia tak lah lama, sehari jer, pastu esoknya baik plak then lusanye demam plak. Last2 hari ke3 dah nampak merah-merah kat badan. Memang tak syak lagi..chicken pox dah menyerang. Lagipun sepupu Hasya yang baru 9 bln dah kena. Masa kat rumah mak ari tu, Hasya ni siap cium2, peluk2 lagi sepupunya. So, bila Hasya dah demam2 tu mmg aku dah jangka yang dia akan kena chicken pox. Tp alhamdulillah, kat muka dia ada 4-5 biji, kat tepi telinga skit, kat perut pun 4-5 biji..cuma kat kaki je byk skit. Tp bila dah naik tu dia dah tak demam..makanya..dia tetap aktif mcm selalu. Cuma mungkin dia rasa panas kut..sebab tiap kali nak tido dia mesti angkat baju then cari simen..baring kat situ. Comot jap anak aku tuh.

Bila anak dah macam tuh, aku terpaksa ambik cuti 3 hari & papa dia plak ambik 2 hari. This week nsb baik mak dah blk kg..leh tolong jaga.. ;).

Tapikan..dlm pada kami bercuti nak jaga si kecik tuh, last2 kami yang demam. Bergilir2 plak tuh. Mulanya papa yang demam..then aku plak.. Budak tuh relaks jer..tp we all yg melepek kat tilam..

Tuesday, April 28, 2009

Pencurikkkkk.....


Last 2 weeks aku kehilangan RM250.00. Lps hubby bg duit tu (hari selasa), aku trs masukkan dalam beg makeup yg aku simpan dalam laci. Dengan niat utk simpan sementara menanti hujung minggu. Tup-tup..hari minggu tu aku nak ambik la balik duit tu. Buka jer laci..tetiba jer aku tak jumpa duit tuh. Batang idung duit tuh pun aku x nampak. Merata tempat aku cari. Sampai sudah aku tak jumpa. Frustnyer aku..aku baru jer berangan nak beli kasut baru.. :( Apa lg kena bebel la ngan hubby, dia kata aku letak merata. Padahal aku memang ingt yang aku letak dalam laci tuh. Bila dah tak jumpa tuh, aku buat conclusion yg mungkin anak aku yang terambik & letak kat mana-mana (saja jer buat kesimpulan gitu..nak sedapkan hati) . Tapi masalahnyer, bila aku tanya si kecik tuh, dengan menunjukkan duit RM50.00, dia kenal tu duit.. Arggghhhh..mana la duit aku nih hilang. Hubby kata agaknya toyol kut. Tapi seingt cerita yang aku dengar kalo toyol dia takkan ambil semua duit yang ada, mesti ditinggalkan jugak sekeping.

Ok takper lah..dah hilang nak wat camner. So aku pun tutup la buku pasal tuh. Next weeknyer ari Rabu hubby kena pegi camping sampai selasa minggu depannye. Selasa plak aku kena pegi Pahang. So aku tido la kat rumah mak. Masa nak bertolak ke pahang tu aku tak sempat la jumpa hubby. Hari jumaat aku sampai kul 1 pg dr Pahang. Jumaat malam tu hubby cakap kat aku yang laptop dia hilang. Merata dia cari. Katanya dia letak laptop tu dalam almari. Sbb laptop tu mmg dia jarang guna. Aku suruh dia cari kat rumah mak aku esok. Dan esoknye plak aku kena pegi KL utk book fair.

Sesampai jer aku di KL hubby call kata mmg laptop tuh hilang, dia dah cr kat rmh mak & sekolah. Memang confirm takde. Dan yang tak sedapnye katanya PDA dia yang lama tu pun takder. We all agak yg ada pencuri msk. Bila hubby aku imbas balik..hari selasa yang dia balik rumah tuh, dia tengok pintu dapur tak kunci. Dia ingatkan aku yang lupa kunci. Check punya check rupa-rupanyer, grill dapur nampak jer bermangga..rupa-rupenyer tidak berkunci. Si penyamun tuh dah bukak mangga tuh then dia letak konon2nye berkunci. Apa lagi hubby aku pun buat la laporan polis.

Bila polis datang, katanya mangga yg kami pakai tuh memang senang bukak. Pintu dapur plak teori aku mengatakan yang si pencuri tu bukak jer tingkap yang bersebelahan pintu tuh, then masukkan tangan, pastu bukak la selak dalamnye. Sebab grill tingkap plak mmg boleh muat tangan orang. Tapi si pencuri ni pandai. Dia tak geledah pun rumah aku tuh. Cuma, hubby aku kata masa hari selasa tuh dia tengok laci kat bilik aku tuh sedikit terkopak. Bahagian baju anak aku plak sedikit berselerak. Tapi dia ingatkan yang si kecik tu punya kerja. Taklah disangka ada orang masuk.

Pastu, tetiba jer dalam flight ms nak balik dr KL tuh aku teringat la hphone lama aku yg dalam laci tuh. Sampai jer rumah..rupa-rupanyer bukan jer duit & laptop yang hilang..hphone & barang kemas aku yang taklah seberapa tuh pun turut hilang..Arggghhhh tentionnyer..

Padahal sebelum tuh, anak aku ada tengok cicin dia. Dia tanya, "apa tu ibu". Aku kata la cincin adik. Dia mintak nak pakai, tapi aku kata tak yah la, nanti hilang. Sekali..hilang buat selama-lamanya...Takper la..ini mungkin dugaan untuk lihat sejauh mana kesabaran kami.. ;) Sekali lagi ayat ni aku ciptakan untuk menyedapkan hati aku yang tengah sakit nih...

Wednesday, April 22, 2009

Book Fair

Hari ni hari pertama aku bekerja selepas seminggu outstation. Sepatutnya semalam dah start keje, tp oleh kerana kepenatan aku terpaksa la meng EL kan diri. Bercerita pasal book fair, rasanya tahun ni begitu meriah. Sambil-sambil buat selection untuk library, aku pun cilok2 la untuk anak aku punya. Dapat gak ah dalam 10 buah untuk dia. Semuanya buku cerita. Kisah nabi, dongeng semuanya aku beli. Tapi yang paling dia suka cerita Cinderella. Balik jer, soalan 1 yang ditanya, "mana buku adik."

Tapi part yang paling memenatkan, dah dua malam aku dipaksa membacakan buku-buku tu untuk dia. Kalo habis satu cerita si kecik tu terus tidur takpe la plak, ini tidak. Start kul 8 mlm aku dikerahkan untuk membaca, rehat jap jer untuk solat isyak. Pastu dipaksa lagi aku bacakan untuk dia. Kalo cerita cinderella dah banyak kali dia suruh aku ulang. Sampaikan aku terlelap. Kalo dah terlelap ingatkan dia biarlah aku tido, ini dimarahnya aku. Suruh aku bangun bacakan dia lagi. Semalam sampai pukul 12 aku terpaksa layan. 12 lebih baru dia tertido..

Mak aiiiii..apa plak la deraan yang aku dapat malam ni. Belum lagi aku keluarkan buku cerita 25 nabi. Habisla aku kali nih......

Sunday, April 12, 2009

Drive..

Aku ni baru jer dapat lesen sebulan yang lalu. So sekarang pegi kerja aku dah drive sendiri la. Jarak dari rumah ke tempat kerja takder la jauh sangat. Oleh kerana aku ni orang baru, drive pun mesti la slow & steady jer. Hari ke-3 aku dah mula berani bawak laju sikit. Hari Khamis ari tu aku kena duty kat branch. Alamak, takut la plak nak drive dalam bandar. Mesti la jem kan..

So Selasa malam aku pun suruh la hubby aku duk sebelah. Kiranya dia jd tester la. Aku pun drive la dari rumah ke tempat aku nak duty tu. Sekali lagi ditekankan..oleh kerana aku ni org baru.. so aku takleh la ada gangguan seperti murai.. Al-maklum la..nak concentrate drive . Kang tak pasal2 aku langgar divider plak..

Tapi oleh kerana aku ni bawak passenger seperti murai..maka driving aku malam tu sedikit terganggu. Ya ampun..anak aku yang murai tu..macam-macam dia soal. Ibu drive ker?, ibu adik nak duk kat depan.., ibu itu..ibu ini.. Aduh geramnyer..macam la papa dia takde kat sebelah. Sampaikan aku terlupa tukar gear masa nak perlahankan kete. Tak pasal2 tester kat sebelah marah aku. Adus...arghhhh..

Si kecik tu plak bila tgk aku kena marah, "papa marah ibu ker?". alamak..disusuli plak soalan2 lain yang mmg menyesakkan kepala otak aku yang tengah takut ngan tester kat sebelah ni. Aku pun apa lagi.. "Adik! boleh diam tak? Ibu tgh drive nih..mengganggu tau tak????

Sian dia..dah kena marah camtu pun blh lagi dia keluarkan soalan.."ibu marah adik ker?"..Oh tidakkkkk.....