Monday, March 23, 2009

Slamat pengantin baru...


Adik aku baru sahaja menamatkan zaman anak daranya pada 8 Mac yang lalu. Majlis di pihak lelaki baru jer berlangsung pada hari Sabtu yang lepas (21/3/2009). Maka dengan itu tamatlah penat lelah kami sekeluarga.. ;). Gambar nanti aku upload. Sekrg teramatlah sibuk..

Untuk sahabat aku..Ude..pun baru shj melangsungkan perkahwinan pada 14 Mac. Tahniah Ude..moga cepat2 dapat baby..
Ni aku abadikan gambar hang kat blog aku ya..

Monday, March 2, 2009

Aku lupa la..

Mak ai..dah bulan 3 rupanya ya.. Dah lama aku tak update blog. Kalo dulu, aku sempat update blog time lunch hour. Tp lani..dah takde masa lagi. Sampaikan birthday mak aku 19 Feb baru2 ni aku lupa. Nasib baik kakak aku ingatkan..tp tupun malam. Dan-dan aku call mak. Yang bestnya, siap buat2 tanya lagi, aku orang keberapa wish. Mak aku cakap aku org ke-2. Mak ai..maknanya aku ni dikira taklah lambat sangat..hahaha

Tapi sian mak aku..akibat kesibukan kami adik beradik..semuanya lupa nak wish. Tapi bila kakak aku, k.mie tau yg dia orang 1 yg ucapkan..trs dia sms semua adik-beradik aku yg lain. Mak aku cakap..takper la..semua tgh sibuk tu.. Aduh..rs bersalahnya aku rasa. Dan aku bernasib baik lagi..sebab seblm aku blk keje aku dah beli keropok lekor untuk aku bawak pegi rumah mak aku kesokan harinya. Tu makanan kesukaan mak aku. Dan sekali lagi..utk mengcover kebersalahan hati aku (apa punya bahasa da..)..aku cakap kat mak aku ada belikan dia sesuatu yang dia suka. Dia tanya apa dia..aku suruh dia teka. Last skali aku pun cakap la, keropok.. Walaupun aku tak tengok rupa dia tapi aku tau betapa gembiranya dia bila aku belikan keropok kesukaan dia pada hari jadinya.

Itu lah mak aku..walaupun aku taklah hadiahkan dia yang mahal2..tp dengan keropok sahaja aku dah berjaya membuatkan dia rasa bahagia. Cuma..sebagai anak aku rasa bersalah yang teramat sangat.. Biasanya setiap tahun kami adik-beradik akan buat surprise party untuk dia..takpun kami pasti belikan dia hadiah. Tp tahun ni kami semua terlupa.. Takpe..untuk mengcover balik kealpaan kami tu, next week lepas kenduri kawin achu kita buat surprise ya..

Monday, February 9, 2009

Aku di tag lagi..

Sahabatku iza..ni dia untuk jawapan tag hang..

Rules:

1. Each blogger must post these rules.
2. Each blogger starts with ten random facts/habits about themselves.
3. Bloggers that are tagged need to write ten facts about themselves.
4. You need to choose 10 people to tag and list their names.

10 random facts/habits (aku lah tuu...):

1. Difficult to say NO..
2. Orange is my favourite colour
3. I love shopping..esp buying "kain" for "baju kurung"
4. B4 run a project, I love to imagine it in my mind..then barulah realisasikannya..kiranya aku nih suka berangan dula la..
5. Kedai kain is my favourite place, esp at JAKEL and branches (pening hubby aku..)
6. Love to talk..until my hubby said.."macam joyah la.." grrrr..
7. Aku sombong ker?..itu 1st impression for those who never know me..tp bila dah kenal baru diaorg tau aku ni tak lah cegitu..
8. Now..I love to be serial librarian..eventhough sebelum ni aku pernah cakap nak tukar jd cataloguer..wakaka..tak kenal maka tak cinta
9. Cepat tul aku pecaya kat orang..bahaya sungguh aku nih!
10. Aku belum ada lesen kete..wakakak..iza ko jgn gelakkan aku yek..

My dearest friends, psl answer this tag ya..
1. Zie
2. K.yah
3. K.Wien

Alamak..3 jer la..layannnnn

Penatnya..

Hari minggu yang lalu, aku dan 2 orang kakak ku bersama-sama seorang abg ipar dan suami ku sibuk bergotong-royong di rumah ibunda tercinta. Al-maklumla, tak lama lagi kami bakal menerima seorang adik ipar. Jadi, kami dah sepakat untuk datang ke sana setiap hari minggu.

Al-kisahnya, aku dan kakakku ini terpaksa la menjadi buruh kasar, sorang dah macam buruh Vietnam, sorang lagi plak macam buruh Myanmar.. ahaks... Nak buat camner..kami tak cukup kakitangan lelaki. Yang paling meletihkan, bila kami terpaksa meratakan batu-batu kecil yang mak aku beli 3 lori ..lori kecik jer la..;). Aduh..rasa macam nak patah tulang temulang ni.. Macam mana la buruh-buruh kasar yang ada di kalangan perempuan tu buat kerja-kerja berat ya...

Next week apa plak la kerja-kerja yang menunggu...Bukan senang nak buat kenduri nih.. Tak pasal-pasal semalam aku EL. Sorry la bos, sakit la badan saya nih..bukan sengaja tau.. ;)

Moralnya..korang kenalah lahirkan ramai sikit anak lelaki. Sebabnya, macam famaili aku nih, 5 pompuan, 1 lelaki. Dah la 1 lelaki..duduk plak jauh. So yang pompuan la kena berkorban esp bila time2 nak kenduri-kendara ni.. Tapi aku sendiri pun baru je dapat sorang anak .. :)

Thursday, January 29, 2009

Lagi gambar Hasya..






Model cilik..



Ala-ala model gitu..

Krismas





1Borneo bukan main meriah lagi dengan sambutan Krismas. Hasya bukan main bergaya lagi dekat fairyland. Rasa macam dalam cerita kartun pulak..

Sepilok..














Kami juga sempat ke Sepilok..Tp yang tak bestnya tak sempat nak tengok orang utan.
Kami sampai kat sana dah pukul 12. Kalau nak tgk orang utan mesti ada kat sana lebih kurang pukul 10 pg. Tapi tak apalah..dapat ambil gambar latarbelakang orang utan pun bolehlah..